... layan si twin - permintaan mereka nak makan itik golek seperti yang mereka makan di rumah Untie Nafisha. Kak Monie pun minta resipi daripada Nafisha tetapi derhaka sikit kepada resipi (biasalah tu he he he).
Kak Monie minta si twin belikan itik - siap pesan 2 ekor ye sebab kita ramai dan nak bawa ke rumah mama Tipah. Dibawa mereka balik 2 ekor itik yang dibeli di pasar raya Giant, mak datok besarnya (gemok macam tukang masak he he he) RM26.00 seekor, nasib cukup bawa duit. Itik ni besar masak seekor sahaja - selesai semuanya sekali adap - ye le kami 10 orang dengan hidangan 1 1/2 kg udang masala.
layan gambar itik golek seksi
twin beli itik gemok - dua ekor pulak tu
panjangnya leher
tak boleh berenang
tukar kuali
baru boleh bernafas he he he
Resipi:
2 ekor itik
2 kotak kecil santan (200 ml)
air asam jawa
air
minyak
garam
gula
kisar:
10 buah keras (beri rasa berlemak)
10 bawang putih
2 inci halia
bentuk serbuk:
3-4 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan lada hitam
1/4 sudu makan lada putih
1/4 pala
- tumis bahan kisar
- masuk bahan serbuk
- masak cecair
- masuk itik
- masak hingga kuah pekat
- hiasan telur rebus
***Kak Monie lebihkan bahan serbuk sebab itik gemuk! agak-agak je...
RESIPI ASAL - Ihsan NAFISAH
2 itek
2 senduk serbuk jintan putih
3 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan manis
2 inci halia –blend
2 genggam bawang putih -blend
air asam jawa
2 penutup stok maggi ayam
4 biji - santan
Tumis bahan di atas sampai pecah
minyak. Masukkan santan pekat 4 biji + air 2 gelas.
Bila mendidih, masukkan itik + air
asam jawa, garam & gula, stok ayam maggi
Itik perlu dicucuk dgn garpu untk
pastikan dah lembut . Masakkan itik sehingga kuat pekat n bersalut. Itik perlu
dibalik2kan.
Tomato, telur rebus dan kentang
rebus blh dijadikan hiasan.
***Anekdot
Selalunya saya pakai stok maggi yg
dlm botol…dlm 2 tutup botol bolehlah. Lupa bawang putih tu kena blend jugak.
Sebenarnya santan saya pakai santan
kotak je…Santan “Kara” paling sedap. 2
kotak besar
No comments:
Post a Comment