Tuesday 13 August 2013

baru tau di mana

... acuan lompang seusia dengan abang sulung...58 tahun kini berada di rumah sepupu bapa berserta batu giling tetapi anak batu dah hilang




Terdapat 2 oven Kupu-Kupu, satu kepunyaan Tok Jumrah berada dalam bilik mak dah bersawang. Kak Monie dah buka mulut minta yang ini. Kak ipar izinkan sebab mereka ada satu lagi di bawah meja dapur. Cuma tak muat (tak celuih) kereta - siap le lepas ni kalau balik kereta kosong atau orang kampung mai KL - sila bawa oven ni ye!


dah berkarat tetapi masih kukuh 


ni oven satu lagi bawah meja dapur - nampak je barang orang!


anak batu kisar - ibunya entah dalam kabinet mana - Kak ipar kata dua-dua masih ada


Anekdot
Dalam oven ini lah keluarga Kak Monie buat kek dan biskut raya sebelum 1968. Selepas itu bapa belikan kami oven jenama Zannuzi dan pengadun kek (tak ingat jenama... kalau tak silap Sharp). Bak kata Mak Limah Pak Mae Dahalan "Kue raya depa cantik-cantik pasai depa ada oben hat mahai" he he he..

No comments:

Post a Comment