Tuesday 13 August 2013

Giveaway Ramadan - entri yang tak hantar...

...yang dianjurkan oleh kkida dari blog SINI. Kak Monie tak aktifkan blog sepanjang Ramadan tetapi memandangan tawaran kkida teringin pula untuk ikut serta. Tetapi akhirnya Kak Monie tak hantar entri ini - sekadar melayan blog... sendiri.

Kak Monie dan keluarga iftar di Surau Al-Mustaqim, Lembah Keramat, Hulu Kelang sepanjang Ramadan sejak dua tahun lepas dan tahun ini masuk tahun ketiga. Iftar ditaja oleh ahli kariah, orang perseorangan, katerer, restoran dan sebagainya.

Gambar ihsan dari FB surau berkenaan kerana Kak Monie malu untuk mengambil gambar di ruang muslimin. Kebetulan jurugambar merangkap moderator FB surau merakamkan gambar untuk dimuat naik ke FB surau. Kak Monie meminta izin beliau untuk mengambil dan memuat naik dalam blog Kak Monie.

Gambar-gambar ini beliau rakamkan atas permintaan Kak Monie... Terima kasih Mamat - lupa nak tanya nama.

Muslimat beratur untuk mengambil makanan



Kak Monie mengisi makanan menggunakan bekas dan bawa sudu sendiri kerana selepas makan tidak perlu beratur untuk membasuh tangan dan berwuduk. Jimat masa.





Berdoa ketika menunggu azan dengan kertas doa yang diedarkan


Juadah - masak lemak ayam & kentang, sambal goreng tempe, sayur campur, ikan masin, sambal belacan serta ulaman, kuih ketayap, kurma, buah-buahan, air manis dan teh tarik.

Hidangan untuk imam, bilal dan penceramah.


Muslimin - makanan siap dihidangkan








...dan boleh ditambah jika berkeinginan




Ustaz Nazrul Nasir - penceramah untuk kuliah berkitab selepas solat Asar & Subuh


wajah 'bersih' & ceria - pelajar Dar Quran Wal Hadis, tiap hari mereka iftar di sini


wajah-wajah ceria menunggu azan


jemaah paling muda, dua bulan - senyum!


solat Maghrib


selepas solat Maghrib - bacaan tahlil 


...yang dibimbing oleh pelajar Dar Quran Wal Hadis


imam solat tarawih - Imam Ahamad dari Yaman


selepas lapan rakaat solat tarawih - tazkirah, sambung semula untuk 20 rakaat dan tiga solat witir


 ... dan penutupnya moreh 


bila makan berjemaah - semua sedap!


ini untuk sahur Kak Monie sekeluarga - kebab ayam



sekadar gambar makan sebab semua malas nak mengenakan tudung


*** Anekdot
Surau Al-Mustaqim menyediakan santapan rohani sepanjang Ramadan. Pengisiannya ialah Kuliah Subuh, Duha, Zuhur, Asar, bacaan Yasin dan tahlil sebelum iftar, bacaan tahlil selepas solat Maghrib diikuti solat tarawih, tazkirah dan tadarus. Sepuluh malam terakhir diadakan qiamullail dan sahur turut disediakan.

Harap kkida pertimbang penyertaan Kak Monie



No comments:

Post a Comment