Friday 31 May 2013

penghancur bawang putih

... nampak sahaja terus capai, itupun anak dara yang jumpa. Juga beli di IKEA.


terbeli

... di IKEA - pemarut, pengupas, penghancur bawang putih, dulang, flask dan tempat gantung 'S' dan hadiah untuk hari lahir kawan.



pengupas

... telah punya pengupas kulit buah jenis pisaunya tegak. Ini jenis mata pisaunya boleh lentur. Layan kehendak anak dara yang tua sikit.


pemarut

... dengan yang ini Kak Monie ada enam pemarut. Layan anak dara yang nak sangat pemarut ni untuk memarut keju.




Snogurt

... berdekatan Wangsa Walk - layan si kembar. Asalnya nak ke Tutti Frutti, terjumpa kedai ini, katanya artis wanita yang empunya iaitu Raja Farah.

Perasa vanila, laici, coklat, mangga dan makisah, mangga dan nanas, buttermilk dan banyak lagi pilihan




D'Laman

Makan malam di sini, kami memanggilnya Ibu sebab tuan punya kedai ini membahasakan dirinya begitu. Tak payah nak masak malam ni. Tempat wajib makan kalau si kembar bercuti, layan je si kembar.

Di sini hanya menjual nasi dan bakso. Terdapat sejumlah pilihan ikan - badang, bawal, makeral dan talapia. Ayam kampung, ayam biasa, itik, hati, empedal, tongkeng, daging, puyuh dan sebagainya (tak ingat). Nasi tambah percuma - makanlah sebanyak manapun!. Makanan telah siap direbus/goreng dan apabila memesan makanan, ianya digoreng atau dipanggang.

Kedai ini terletak di belakang Balai Polis Batu 6, Jalan Gombak.



 5 keli, 6 ayam, 1 talapia, 1 makerel, 1 bebola daging dan 1 lidi hati dan empedal


kalau panggang digaul dengan kicap


ni pinggan Kak Monie



ada tetamu

... Din, Min, Muammar, Aiman dan Mawardah datang dari Kedah





IKEA

... melayan si kembar yang hendak membeli barang untuk sekolah mereka. Sambil tu Kak Monie pun layan mata - rasa nak bawa balik IKEA ke rumah!

Berkenan barang dapur 










berkenan 


jimat ruang - RM1,000


berkenan cuma rendah sedikit RM700








selesaikan masalah

... keluar rumah sekitar 11.00 pagi untuk menguruskan bayaran anak ketiga di CIMB untuk urusan pengajian tetapi tidak juga selesai. Kemudian kami (Kak Monie, dan dua anak dara) tukarkan kad Maybank kami yang lama dan ada sedikit masalah kad anak-anak dara ni. Ramai orang hari ini dan katanya orang ramai setiap Jumaat dan kami beredar sekitar 1.30 tengah hari.


sarapan

... masak awal pagi kerana banyak perkara yang perlu diuruskan hari ini. Nasi goreng kegemaran kembar, pekasam, daging burger dan sambal belacan.


sekuali



Thursday 30 May 2013

penimbang

Penimbang dapur mekanikal dengan sukatan kg dan lb secara berkembar dan boleh berputar. Kak Monie membelinya di sekitar setahun lalu tetapi masih tersimpan elok di dalam kotak. Bukan tidak pernah guna tetapi selepas digunakan Kak Monie akan menyimpankannya semula di dalam kotak. Di pasar raya berkenaan tidak lagi menjual penimbang ini, bertambah-tambah sayanglah Kak Monie kepada gajet ni.

Harga? RM8.90



chopstick

Penggunaan chopstick memang Kak Monie tak mahir atau tak pandai tetapi dengan adanya chopstick seperti ini memudahkan penggunaannya. Anak Kak Monie belikan di One Utama. Kalau orang tak pandai pun boleh jadi pandai. Walau apapun peralatan yang digunakan untuk mengambil makanan, paling penting makanan itu boleh masuk ke dalam mulut terus sampai ke perut.


adalah pula 'Mamat' seekor  ni 


Wednesday 29 May 2013

tenggiri kicap lemak masin

Kak Monie terjumpa empat ketul tenggiri di dalam peti sejuk yang dibeli sekitar dua minggu lepas. Terfikir nak makan yang gelap-gelap tetapi pedas. Maka terhasillah masakan ni. Kadang-kadang memasak ini mengikut gerak hati dan yang paling penting perut dapat menerimanya. Ada pendapat mengatakan memasak dengan hati, maka makanan akan menjadi lebih sedap!


Resipi:
4 ketul tenggiri
5 biji bawang putih
4 sudu cili kisar
2 cm halia diketuk
10 sudu makan kicap lemak manis
10 sudu makan kicap cair
1/2 cawan air
1 senduk minyak zaiton

Cara-caranya:
- Tenggiri digaul dengan garam dan kunyit lalu digoreng. Ketepikan.
- Tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau.
- Masukkan cili kisar sehingga pecah minyak.
- Masukkan air, kicap dan masak sehingga kuah pekat.
- Akhir sekali masukkan ikan tenggiri yang telah digoreng tadi.

***Anekdot
Tidak perlu menambah garam atau gula kerana kicap-kicap telah sedia masin dan manis.

ikan yu sambal terung

Minggu layan ikan yu atau JERUNG atau JAWS! Gerun  mendengarnya!


Resipi:
5 ekor anak ikan yu
2 biji terung unggu sederhana besar
3 sudu makan cili kisar
2 biji bawang putih
1 senduk minyak zaiton
gula dan garam

- Goreng ikan yu yang telah digaul garam dan kunyit. Ketepikan.
- Celur terung. Ketepikan.
- Tumis bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
- Masukkan terung dan rasa manis dan masinnya.
- Akhir sekali masukkan ikan yu yang telah digoreng.

***Anekdot
Ikan yang Kak Monie teringin sangat-sangat - IKAN PAUS! Tetapi kalau dapat ikan lumba-lumba pun tak boleh juga. Manalah nak cari haiwan-haiwan ni.

petua simpan pisang masak

...agar tahan disimpan untuk pisang yang masak ranum. Kupas kulit pisang, lecek dan masukkan sedikit tepung. Simpan di dalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk. Boleh bertahan sehingga 5-6 hari tetapi terdapat lapisan berwarna hitam. Hanya gaulkan sahaja, adunan pisang akan menjadi cerah semula. Apabila hendak menggunakannya, tambah lagi tepung dan bahan lain seperti gula, kelapa dan sebagainya. 

Boleh buat cucur kodok pisang, lempeng pisang dan kalau ditambah santan boleh dibuat lepat dan pisang lengat (rajin boh dalam daun pisang...malas lambak dalam loyang - tu je bezanya).



microplane

...orang Melayu panggil sagat atau penyagat. Hadiah daripada adik Kak Monie yang selalu pergi keluar negeri. Microplane ini dibeli di London dan Kak Monie tanya harganya - 17 pound sekitar RM80.00. Perlu digunakan 80 kali baru berbaloi.



Tuesday 28 May 2013

nasi goreng kembar

Nasi goreng kegemaran kembar, layan...


Resipi
Bahan-bahannya
6 cawan nasi
1 biji bawang besar
15 ekor udang
3 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos tiram
1/2 senduk minyak zaiton
garam

Cara-caranya
- Tumis bawang sehingga naik bau.
- Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
- Masuk udang, sos tiram dan garam.
- Akhir sekali masukkan nasi dan kacau sehingga sebati.

Hiasan
6 keping burger daging - digoreng garing.

brownies

Kak Monie masak brownies sekitar 6.00 petang tadi sebab tekak terasa nak makan yang manis-manis. Cuma ini sahaja yang tinggal dan sempat mengambil gambarnya. Sedap dimakan ketika masih panas-panas dan lebih sedap jika dimakan bersama-sama aiskrim.


Resipi
Bahan-bahannya
125 gm mentega
100 gm gula halus
225 gm tepung naik sendiri
200 gm cip coklat
2 biji telur

Cara-caranya
- Pukul mentega dan telur sehingga putih.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji.
- Masukkan tepung naik sendiri.
- Akhir sekali masukkan cip coklat.
- Bakar 150 Celcius selama 30-40 minit.


kiriman

Saudara sepupu dari Grik mengirimkan door gift sempena majlis perkahwinan anaknya. Dua botol kismis kuning dan dua botol kismis hitam setiap satu berat sekitar 100 gm serta sebekas celepa berkaki mengandungi gula-gula.Terima kasih atas ingatan.



Saba & Yogenfrozen

... di Setiawangsa, Kak Monie layan anak-anak dan juga kerana malas memasak. Sesekali melayan anak-anak sempena cuti persekolahan. Ada baki lima hari, ada macam-macam lagi yang perlu dilayan.

 besar seperti nasi tambah


kambing mandi


kambing hanith


 ayam akdah


 kambing akdah


roti lebar juga


GST dan Cukai Kerajaan - RM14.24 hem hem hem


yorgut mangga dan vanila