Tuesday 28 May 2013

pengat pisang

Lama Kak Monie tak buat pengat. Kebetulan banyak pisang emas yang Kak Monie bawa balik daripada majlis yang diadakan di Dar Quran Wal Hadis, sesuai sangat dibuat pengat kerana telah masak ranum.


Resipi:
20 biji pisang
1 biji kelapa (3 cawan santan)
1 ketul gula kabung
2 sudu makan gula pasir
garam
daun pandan
- Masak gula, daun pandan dengan secawan air sehingga gula larut.
- Masukkan santan sambil sentiasa mengacau kuah agar santan tidak pecah minyak.
- Tunggu sehingga naik wap daripada santan.
- Akhir sekali masukkan pisang dan garam.
- Rasa manisnya, jika perlu tambah gula pasir.

***Anekdot
Lebih sedap jika disimpan di dalam peti sejuk. Jika suka tambah sagu mata ikan tetapi lebihkan santan agar kuah tidak menjadi terlalu pekat.

No comments:

Post a Comment