Al-Fatihah
Semoga Allah cucuri rahmat dan tempatkan beliau dalam kalangan orang-orang soleh. Meninggal pada 9 Februari 2014. Pak Yazid yang telah menjadikan rumah beliau sebagai pusat untuk mentarbiah warga Kampung Baru sekitar awal 80an. Kak Monie mengikuti kelas pengajian yang bermula sekitar 9.00 - 11.30 pagi setiap pagi Ahad. Di Kuala Lumpur waktu itu lebih banyaknya tarikan 'seronok' berbanding kuliah berkitab.
Bila kenangkan Pak Yazid - Kak Monie ada banyak kenangan kerana zaman bujang di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Antaranya yang paling berkesan ialah roomate yang semuanya anak murid pengajian kuliah Pak Yazid. Semua enam orang termasuk Kak Monie - hanya Kak Monie yang tak berjubah (hanya berbaju kurung), yang lain jubah kain tebal berwarna gelap (daripada kain untuk seluar lelaki) tudung labuh serta berstokin. Kak Monie sekadar bertudung labuh sahaja tetapi kain yang agak lembut berbanding yang lain tudung pun daripada jenis kain keras dan tebal berwarna gelap atau kusam.
Bersama-sama mereka Kak Monie kenal solat tahajud setiap malam. Ketika itu banyak masjid meengadakan solat tasbih, tahajud dan hajat tetapi hanya pada hujung minggu. Mereka membaca al-Quran, buku agama dan yang seronoknya rumah kami tidak ada televisyen. Kak Monie ingat lagi setiap malam Rabu mesti satu Kampung Baru riuh dengan gelak ketawa dari rumah sewa sekeliling kami kerana menonton Pi Mai Pi Mai Tang Tu... Yang Kak Monie kagum rakan-rakan ni membaca al-Quran daripada tebal menjadi nipis dalam seminggu atau seminggu lebih je, mesti dengar ada je yang membaca sambil menyanyikan doa katam al-Quran.
Paling seronok ketika Ramadan - kami akan kongi masak dan makan. Bulan lain sendiri-sendiri masak dan sendiri-sendiri makan he he he. Tu le perempuan bila hidup bujang, dapur tak boleh 'share' sebab tu tak boleh 'share' sang suami keh keh keh. Melebih-lebih pula dah! Semua diberikan tugas daripada memasak, menghidang, membancuh air dan mengemas/membasuh. Kak Monie ditugas sebagai tukang memasak - bila jadi tukang masak merangkap tukang pi kedai, ye le nak masak mesti nak tau apa nak masak. Bila sampai rumah sewa rakan-rakan yang lain akan menyiang, membasuh dan memotong bahan tetapi dengan arahan Kak Monie le! Masak lauk, sayur dan kuih untuk iftar dan moreh. Selesai solat Asar Kak Monie mula memasak sampai selesai tetapi rakan-rakan menolong membasuh semua perkakas. Kerja Kak Monie hanya masak! Kalau kuih perlu digoreng, dibulat-bulatkan, dilumur kelapa semua mereka akan tolong.
Nak tau kenapa Kak Monie kena masak? - sebab semua akan kata tak confidence untuk bagi orang makan - ye le masa tu semua bujang. Rasanya sekarang semua dah boleh masak untuk kenduri agaknya! Ada juga kami menjemput rakan-rakan rumah sewa dan rakan-rakan kelas Pak Yazid untuk berbuka dan bertarawih dan ada juga yang offer diri nak bersama-sama kami.
Tiba iftar kami akan makan sedulang... enam orang muat lagi sebab masa tu semuanya kecik gedemik (kalau sekarang perlu guna dua dulang agaknya). Kalau ada tetamu biasa kami akan menghidang dengan menggunakan dua dulang. Dua-dua dulang tu dulang Kak Monie, masih ada sampai sekarang. Kemudian solat Maghrib & Isyak berjemaah diikuti dengan Tarawih. Ada satu lagi tugas Kak Monie - sebagai Muazin solat Tarawih, jika imam 'uzur ' naik pangkat sikit, ganti imam. Imam kami bacaannya memang hebat dengan tajwidnya, biasanya kami selesai 8 + 3 rakaat sama dengan jemaah Masjid Kpg. Baru yang melakukan tarawih 20 + 3 rakaat. Sebenarnya bacaan Kak Monie tak seelok yang lain tetapi semuanya tak confidence (tu le lantik imam ni - imam terjun!). Kalau Kak Monie jadi imam alamat cepat selesai sebab baca surah yang pendek-pendek he he he. Usai tarawih timbul moreh!
Pengalaman hidup bujang paling indah dan berharga bersama-sama rakan yang merupakan anak murid Pak Yazid selama 4 tahun kemudian Kak Monie berpisah kerana berkahwin - teng teng teng! Bersama-sama mereka Kak Monie mengikuti kelas Pak Yazid - belajar duduk di dalam rumah Pak Yazid (bahagian atas rumah) bukan dok atas tikar atas simen/tanah - tetapi sekali-sekali kena duduk juga atas tikar sebab lambat keluar rumah, mereka yang lain biasa keluar rumah 8.00 pagi (rasanya Kak Monie banyak duduk atas tikar dari atas rumah he he he).
Itulah kenangan Kak Monie bila teringat Pak Yazid mesti teringat rumah sewa terakhir sebelum berkahwin - kalau tak kahwin mungkin lama lagi dengan mereka. Sekarang Kak Monie tak tahu di mana mereka. Terkini dapat berhubung semula dengan seorang rakan di Taiping, yang lain-lain - seorang berhenti kerja balik Felda Taib Andak, seorang telah berhenti kerja selepas mendapat dua orang anak, manakala 2 orang lagi tak tahu kerja di mana, tak dapat dikesan dan tak tahu perkembangan - cuma tahu mereka sudah berkahwin. Kak Monie hanya berhubung dengan rakan di Taiping sahaja... itupun sebab dia cari Kak Monie di FB. Bertuah ada FB ni... boleh jadi tempat jejak kasih! Sekadar nama-nama pendek mereka Ta, Nor, Sal, Has dan Mala. Ni nak kata cerita ke... celoteh ke... atau bebel tak kira apa le ye!
p/s: Semalam teringat bahawa ada 2 orang termasuk Kak Monie yang tak berpakaian tutup litup sepenuhnya... dan ada 2 orang lagi yang pernah tinggal dan kemudian berpindah. Seingat Kak Monie seorang kami panggil Kak Sal (tudung biasa-biasa) pindah ke Segambut dan seorang lagi tak ingat nama pindah ke Seremban (pakaian tutup litup). Kemudian baru diganti dengan rakan yang macam Kak Monie; sama-sama tak berpakaian tutup litup.
Tentang pakaian tutup litup ni pun ada cerita juga - pakaian mereka, biasa le perempuan ada anak -anak baju, kemudian kain dalam, singlet nipis, sepasang baju kurung dan akhir jubah, stokin! Bab tudung - cekup kepala, tudung segi tiga ikat belakang kemudian tudung labuh daripada jenis kain seluar...
salah satu dulang dah lebih 22 tahun
Baru terperasan - kami dulu tinggal berenam atau berlima...? Dah lupa le!
No comments:
Post a Comment