kuih bakul juga meneriam inovasi
dalam bekas plastik yang ditutup kemas
pesen dulu-dulu
gula yang dibentuk sebagai hiasan - agak berat juga
***Anekdot
Dulu-dulu bila datang perayaan Tahun Baru Cina, kami sekeluarga akan mendapat lebih 20 biji kuih bakul. Semuanya pemberian jiran dan kawan-kawan bapa yang berbangsa cina. Tak terlarat nak makan... mesti saudara mara datang minta kuih ni. Kak Monie ingat kuih bakul ni untuk persembahan kepada tuhan di langit sebab itu dibuat agar melekit supaya pembawa khabar tu hanya akan menceritakan yang baik-baik sahaja (siapa entah pembawa berita tu... malaikat kut dan cerita ni entah dengar dari mana, tak tau sumber pun).
Bila Kak tanya Sally katanya kuih ni namanya ling ko (entah Sally sebut dalam Mandarin @ Hokkien @ tribe mana tak atau le). Ada satu hari Kak Monie tersembang dengan Na mengenai kuih bakul kami yang berlambak dulu kala, maka teringin le pula dia nak makan kuih ni. Kak Monie tanyakan Sally kalau dia ada - nak jadi cerita mak dia memang buat kuih ni tahun ni sebab ada pembantu rumah adik Sally (orang Indon) menolong mak Sally membuat kuih bakul. Sally terus memberikan kuih ni sebab dia sendiri tak suka makan; apalagi anaknya.
Ada seorang guru cina di tuisyen kami yang mengajar bahasa Melayu (si Na pulak ajar Maths - tak ke kelakar!) yang tak tahu kuih bakul - dia tahu kuih bulan. Puaslah Na menerang dan memahamkan dia tentang kuih bakul yang dia pun tak faham. Daripada cerita Sally, anak dia pun tak makan dan tak ambil kisah. Yang dijual dalam mangkuk plastik ini pun sekadar untuk buat sembahyang - kecil je dan harga hanya RM1.50... jadi le agaknya untuk orang tua-tua nak sembahyang, bukan nak makan pun. Mau hilang identiti kuih bakul ni suatu hari nanti.
Menurut Sally kuih ni perlu manis sebab mohon keluarga hidup dalam aman damai (macam gula kut damai tu... manisss). Zaman dah berubah, manis boleh dipersembah dengan pelbagai cara contohnya gula yang keras ni boleh dibuat hiasan. Boleh tahan berbulan - lepas dah tak elok buang je.
Balik ke kuih bakul yang disampaikan oleh Sally - cara persembahannya ialah dengan diletakkan di tengah bekas kemudian disusun buah limau dan kacang tanah sekelilingnya - simbol bahagia kut (dah tak ingat). Dia pun tak tau pasai cerita tuhan yang dengar hanya cerita manis (baik-baik kut) sesebuah rumahtangga - ini Kak Monie yang cerita kepada dia; lebih tau cerita daripada orang cina pulakkk.
Balik pada gula keras pula - dulu masa mak saudara Kak Monie bertunang gula keras seperti ini dibuat bentuk seekor angsa yang besar dan putih gebu. Kalau tak silap cara membuatnya dengan menepuk-nepuk (tepuk apa pun Kak Monie tak tau) sebab dengar tok kata masak dan tepuk-tepuk. Bila dah puas tayang dalam lemari berbulan-bulan - tok ambil seketul angsa tu masuk dalam periuk boh air - masak jadi sirap!!!
No comments:
Post a Comment