Wednesday 16 December 2015

Pulau Pinang

... sambung dari cerita Sabah  SINI, keesokannya balik, transit jap di KLIA kemudian meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang. Jalan sakan! Kali ini projek Manuskrip Warisan Melayu.

Gambaq rasmi tak boh pasai pi Penang memang pi pasai buat kerja - cakap macam anak mami tak?

Mula-mula sekali terkam nasi kandaq - kelebihan nasi kandaq ni ada sambal nyok yang berasa manis, masin, masam dan lemak tetapi pedas - sedap!


Berdekatan Hotel Neo+, penginapan kami. Kedai Nasi Kandaq Deen Maju, dibuka hanya pukul 4.00 petang - 11.00 malam (berniaga untuk sehari cukuplah, tak perlu tamak he he he). Makanan semua masih segar, panas dan kalau habis tak dah tambahan dah... cukup apa adalah, kira nasiblah. Ayam digoreng di situ - memang pecah peluh makan nasi ni. Selepas makan tangan tak adapun bau kari, tu yang best!



Pukul 4.30 petang, kami sampai kami beratur nombor 12 agaknya, beratur pun beraturlah! Kebetulan hujan lebat, semua pelanggan lari masuk ke dalam kedai tetapi masih beratur - sedap punya hal.



sewa kedai/rumah cina


Hotel Neo+




penyambut tetamu berwig putih


comel tak?


Tiket ke P. Pinang pukul 1.00 tgh. - transit satu jam setelah tiba pukul 12.00 tgh. dari K. Kinabalu


Sekitar 6.00 petang kami ke Bukit Bendera. Kali terakhir ke sini semasa Kak Monie darjah lima, masa tu menggunakan train lama yang bergerak macam siput babi, kemudian perlu tukar train di pertengahan jalan. Posing dengan train lama yang dipamerkan di atas Bukit Bendera atau 'Penang Hill'.



Train baru sekitar 3 minit sampai di atas Bukit Bendera tanpa perlu menukar train. Bayaran ketika cuti sekolah dan musim perayaan RM10.00, jika hari biasa RM3.00. Ketinggian Bukit Bendera 701 meter.


pemandangan dari atas 



tengok matahari terbenam



posing sebelum naik train


kunci dengan catatan





belalang daripada daun kelapa


sesi berinai



nasi kandar Restoran Hameed
telor rebuih wajib! toku`a sampingan


 buboq gandum


Hari berikutnya di sebelah petang kami melawat sekitar Pulau Pinang dengan bas 'Hop On, Hop Off' dengan bayaran RM19.00 untuk 24 jam (nasib baik tak hujan lebat). Bas beroperasi dari pukul 9.00 pagi - 8.00 malam. Ada dua laluan iaitu laluan bandar dan laluan pantai. Banyak tempat yang dilalui, penumpang boleh pilih untuk turun dan melihat sekitar tempat dan tunggu bas seterusnya untuk meneruskan destinasi

Kami memilih untuk melihat semua tempat dari atas bas sahaja dan hanya turun di Taman Botanikal atau nama yang dikenali dalam kalangan orang sana Water Fall. Sepanjang Disember berlangsung Pesta P. Pinang tetapi kami memilih untuk tidak ke sana.

'Hop On Hop Off' - Mudah dan murah - duduk dan nikmati suasana angin tanjung!


































































aneka pokok buluh













































Kami singgah di Padang Kota Lama atau 'Esplanade' matahari dah terbenam...









 pekena pasembor


dan lai chi kang panas


bye-bye Penang


tahun depan Insya Allah mai lagi






jambatan kedua










Baru perasan penerbangan semua nampak daratan, sebelum ni asyik ke Malaysia Timur memang lalu laut



Sama seperti beg Kak Monie - yang ni RM528.90 (pis, pis ni jual di KLIA) - harga orang kaya-kaya tu...

HOT SALES



Ni beg Kak Monie - harga marhain


 ***Anekdot
Malas nak susun gambar ye..

No comments:

Post a Comment