Monday 8 January 2018

Restoran Diafah

... orang belanja, kedai terletak di tingkat 1 (tingkat 1 ke 2 tak ingat tetapi di ataslah dan ada lif). Tingkat bawah terdapat kedai (pengurusan yang sama) menjual barang makanan dari Yaman agaknya... menarik juga kedainya. Ruang makan memang menepati ciri-ciri kearaban, terkesima Kak Monie bila menjejak kaki ke ruang kedai ini. 

Hemmm makanan memang sedap, Kak Monie selalu makan nasi mendy  sahaja sebab Diafah selalu menaja nasi ni di sekolah twin. Kalau lebih dapat bawa balik nasi mendy pun cukup sebab nasinya memang sedap.

Kak Monie syorkan nasi mendy - nasi memainkan peranan yang penting juga, nasinya beraroma 'asap', daging kambing lembut dan  ayamnya juga sedap. Kepada peminat kambing memang Kak Monie sangat-sangat menggalakkan menu ini, kepada yang kurang meminatinya, ayam juga sedap tetapi nasinya masih nasi yang sama dan terdapat juga pilihan menu ikan. 

Makanan lain : 
Sup kambing - hari Ahad  memang sedap,  berempah tetapi tak pasti bahan-bahannya; 
Dolma - nasi, daging, sayur dibungkus dalam daun anggur;
Baba ganoush - terung bakar lecek dengan ciri kemasaman;
Hummus - kacang kuda dengan tekstur yang sangat halus; 
Shawarma - roti bungkus ayam dan sayuran;
Samosa - inti sayur (inti warna putih hijau)
Roti yang masih panas (ala roti pita). 


Address: 45, Jalan Radin Anum, 
Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur 
Hours: Open today · 11AM–11PM
Phone: 03-9059 6237



sila abaikan model - untung tak dak orang kalau tidak tak merasa nak posing lebih-lebih


kami lambat merarau sebab Kak Monie ke kelas membuat roti dan first girl mengajar di tuisyen sehingga pukul 2.00 petang dan orang yang nak belanja bukan main seronok sebab mereka lambat sarapan  kerana menerima bihun yang diberikan oleh kak ipar - win win situation














order pun memang tahap lapar ke atau kebulur he he he


nasi mendy kambing untuk 4 orang  disertakan telur rebus dan samosa 


nasi Al-Diafah



dolma @ dolmathakia - nasi bungkus dalam daun anggur



shawarma -roti, ayam, salad, hummus dan yogurt


baba ganoush


salad


teh madu


banana shake


jus mempelam



sup kambing - limau nipis, bawang goreng dan cili kering goreng





shawarma - ayam, salad, hummus, yorgut dan roti

 

kedai di tangkat bawah yang menjual kurma, minyak zaiton, jem, buah kering, safron, minyak wangi, jus dan sebagainya













gambar ihsan Goggle - berbaloi kalau ramai


Juga dijual kambing seekor, kalau tak silap harganya RM1600 - mungkin ini iklan lama atau Kak Monie silap pandang atau kambing + nasi ...makan tak ingat harga!!!!


No comments:

Post a Comment