Sunday 28 January 2018

innalillah... Che Nor

Prof. Dr. Che Noraini Hashim dari UIAM meninggal dunia pada hari Jumaat 26 Januari 2018. Beliau dan suaminya kenalan suami Kak Monie yang sama-sama menuntut di UIA batch pertama. Kak Monie pernah jemput beliau untuk memberikan tazkirah untuk Kelas Agama Wanita pada hari Jumaat kerana kebetulan tiada ustazah pengganti dan pada Jumaat minggu kelima.

Kematian yang sangat baik iaitu pada hari Jumaat, selepas solat Zuhur berjemaah bersama-sama adik beradiknya dan usai membaca surah Kahfi beliau rebah di atas sejadah. Almarhum ialah isteri kepada Dr. Syed Azman ADUN Batu Buruk.

Kematian yang baik pada hari yang baik - semoga Allah golongkan Allahyarham dalam kalangan orang yang soleh dan beriman.


No comments:

Post a Comment