Saturday 29 September 2018

bubur

... 28 Sept Kak Monie nak ke Pudu menggunakan transit laluan ringan (lrt), di Masjid Jamek, Kak Monie suka jenggah orang berjualan sarapan. Sama juga ketika di lrt Gombak pun intai-intai juga orang berniaga tapi tak beli pun, memang suka tengok je jualan mereka. 

Semasa pertukaran train, saja je Kak Monie menjenggah ke bawah dari bangunan lrt dan nampak orang berbaris, dalam hati  - mesti makanan yang sedap. Sekitar lima minit dok perati baru terlintas untuk mengira bilangan orang yang berbaris, lebih 30 orang sanggup berbaris yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Daripada penelitian nampak makanannya ialah bubur (bubur nasi kut sebab jauh juga jaraknya). Nampak ada tiga ruang meja dan makanan untuk berjual beli  supaya mudah dan cepat. Siap dimasukkan dalam bekas dengan bahan - rasanya cili, daun bawang, bawang goreng dan kicap tetapi banyak lagi yang tidak pasti sebab kurang jelas. 

Semoga beroleh keuntungan kepada penjual seramai lima orang yang  kreatif dalam memilih jualan dan tidak sama dengan peniaga lain menjual sarapan dan ada kelainannya tersendiri.



ambil bp, alhamdulillah


No comments:

Post a Comment