Sunday 4 October 2020

kek marble jelita

 ... boh muka Kak Monie dulu ye - kut sama jelita dengan kek he he he. Kek ini sedap dan cantik (ayu jelitakan?). Kalau diteliti resipi seperti kek biasa sahaja tetapi teknik pukul telur asing dan campuran susu segar memberikan kelainan kepada tekstur dan rasa kek. Boleh juga tanya Chef Goggel tentang resipi ini sebab terdapat kaedah lain seperti  mencairkan mentega terlebih dahulu  serta penambahan bahan lain lagi contohnya ovelet, Holick, serbuk santan, susu pekat dan sebagainya.

 Selamat mencuba resipi daripada Chef Satipah.




(makan malam ni je)

Resipi 

Bahan A
5 biji telur putih
50g gula kastor
1 sudu kecil serbuk cream of tartar
- dipukul sehingga bertanduk


Bahan B
5 kuning telur
250g margerin
150g gula kastor
1 sudu kecil esen vanila


Bahan C
200g tepung naik sendiri
1 sudu kecil serbuk penaik
50ml susu segar


- pukul bahan A bekas asing
- pukul bahan B bekas asing
- masukkan tepung dalam bekas B selang seli dengan susu
- akhir masukkan bahan A
- bahagikan adunan kepada 3 - 4 warna
- guna dulang 7x7 inci
- lapik kertas
- jelitakan kek (selang seli, tompok-tompok)
- akhir sekali lorekkan dengan lidi ikut gaya tersendiri
- bakar 150-160 selama 45 minit
- telangkup atas redai ikut corak yang diminati contohnya segi empat tepat, bujur seperti diamond atau belang memanjang.
- hias dengan manik atau coklat chips

***pemberitahuan
- ada yang meletakkan aluminium foil di atas tin pembakar selepas 45 minit bakar supaya bahagian atas kek tidak hangit
- boleh dibakar 130 darjah selama 1 jam 20 minit
- boleh dikukus 50 minit

No comments:

Post a Comment