Monday 20 September 2021

kek durian

Timbul inspirasi daripada kek cempedak - sukatan pun guna yang sama cuma teknik pembakaran sahaja berbeza. Isi durian kakak ipar hantar satu bekas besar berserta tempoyak - terajin pula pagi ini.

gambar dan resipi ihsan Kak Monie










Resipi

250g mentega Tatura Beqa unsalted
secubit garam halus
180g gula halus 
260g tepung kek
250g isi durian + 3 sudu besar susu uht - puri (kisar)
4 biji telur (B)


- krim mentega dan gula
- masukkan telur dan puri
- masukkan tepung
- masuk dalam loyang
- bakar 160 darjah satu jam api atas bawah
- bakar160 darjah 45 minit api bawah (Kak Monie fikirkan puri yang agak banyak)

No comments:

Post a Comment