Friday 10 September 2021

kenangan Olimpic

 ...dapat juga moskot Olympic Tokyo 2020 pada hadiah tuala kerana membeli barangan elektrik - Miraitowa (biru), manakala Someity berwarna merah jambu (pink).


***Anekdot - petikan dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan_Olimpik_Musim_Panas_2020
Maskot Tokyo 2020 pada bas awam

Maskot bagi Tokyo 2020 telah dipilih berdasarkan 2,042 penyertaan yang diterima melalui sebuah pertandingan rekaan maskot. Daripada penyertaan-penyertaan tersebut, tiga penyertaan telah dipilih oleh Panel Pemilihan Maskot pada Disember 2017.[5] Pada 28 Februari 2018, keputusan akhir maskot rasmi telah diumumkan dengan pasangan A mendapat undian tertinggi dengan sebanyak 109,041 undi berdasarkan undian pelajar-pelajar sekolah rendah di serata Jepun.[6]

Nama bagi maskot-maskot tersebut diumumkan pada 22 Julai 2018, yaitu Miraitowa dan Someity. Nama Miraitowa merupakan gabungan dua perkataan, iaitu mirai (未来, "masa depan") dan towa (永遠, "selama-lamanya"). Someity pula diambil daripada nama pokok ceri Yoshino dalam bahasa Jepun, Somei Yoshino (染井吉野, ソメイヨシノ) serta menyerupai ungkapan bahasa Inggeris "So Mighty" (Sungguh Gagah)

 


No comments:

Post a Comment