Saturday, 20 September 2014

tak blogging

... dekat hampir sebulan tak muat naik entri. Sepanjang bulan ini memang banyak aktiviti khususnya di hujung minggu - kenduri kahwin, kenduri akikah, kenduri untuk doa selamat ke Mekah (tu saja kut). Untuk sepupu di Ipoh yang turut menjadi pembaca senyap... teruskan membaca dan memanfaatkan entri yang dapat dikongsi bersama - apa lagi resipilah!

Bagi kami sekeluarga pula pada 10 September lalu abang ipar Kak Monie telah kembali ke rahmatullah. Hujung minggu sebelum kematiannya Kak Monie, first girl dan twins balik ke Sungai Petani untuk menziarahinya. 

Sepatutnya pada 5 September Kak Monie ke Kuantan Pahang untuk menghadiri perkahwinan anak sepupu dan sudah mohon cuti rehat sebab hari itu hari  Jumaat majlis akad nikah dan majlis kendurinya pada hari Sabtu. Bila mendapat berita tentang tahap kesihatan abang ipar yang agak tenat Kak Monie terus menukar rancangan untuk balik ke Kedah, Sempat pula mohon pelepasan twins dan nasib menyebelahi mereka sebab Mudir mengizinkan mereka untuk ikut serta. Alhamdulllah.

Apa pun selepas ini banyak entri tertangguh Kak Monie akan muatkan, waima  cerita bulan Ramadan lagi. Insya Allah, entri akan menyusul selepas ini.

Gambar sekadar yang diambil di FB.













No comments:

Post a Comment