Kampung ini terletak dalam daerah Hulu Langat dan jarak dari Zoo Negara (sekitar rumah Kak Monie le ni) kira-kira 37 km melalui Bukit Belacan bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.
Kak Monie ikut jemaah Perkim Cawangan Batu Muda ke sini untuk gotong-royong membersihkan surau. Rancangan asal untuk mengajar penduduk di sini cara solat tetapi ramai yang keluar menangkap ikan. Hanya tiga orang wanita termasuk isteri tok batin yang sama-sama membersihkan surau, dewan, ruang dapur dan sekelilingnya. Kanak-kanak ramai yang datang tetapi yang berumur sekitar 9-10 tahun ke bawah. Kak Monie nampak 4-5 orang anak dara tetapi dari jarak jauh.
Terdapat suku kaum Temuan yang tinggal di sini. Kak Monie berbahasa dengan mereka dalam bahasa Melayu. Mereka telah mengikuti persekolahan walaupun sehingga darjah enam; dalam kalangan kanak-kanak kedengaran mereka menggunakan bahasa mereka sendiri. Sekadar menanyakan angka 1-10 sebutannya sama seperti sebutan bahasa Melayu hanya penambahan huruf 'k' diakhir contoh, satuk, duak, tigak dsb.
Insya Allah 8 Mac depan Kak Monie ke sana lagi tetapi acara akan dibuat pada sebelah petang. Alhamdulillah hari ini dapat 15 kawan baru - tiga lagi memang telah kenal iaitu Zati kawan first girl emak (Habibah) dan abangnya. Juga empat kanak-kanak iaitu cucu Kak Habibah. Kawan baharu dalam kalangan orang asli seramai empat orang. Jumpa lagi bulan depan.
surau
perumahan
dapur
geram tak sampai - nampak comot
sekeliling surau
ruang solat wanita
ruang imam
pagar surau
setelah dibersihkan dapat duduk di atas lantai
bilik yang tak sempat dikemaskan
dibina oleh Petronita
No comments:
Post a Comment