Kak Monie berkesempatan belajar membuat sushi (hands-on) daripada anak rakan sekolah. Beruntung sungguh sebab dah lama Kak Monie ingin berguru membuat sushi walaupun tidak suka akan sushi sebab tidak meminati rasa seaweednya kerana menyerupai tembakau he he he. Semangat untuk belajar membuat sushi kerana anak-anak (kecuali first girl) sangat meminatinya.
Kak Monie pernah mencuba dua kali sushi ketika dihidangkan pada majlis makan bufet di sebuah hotel tetapi tidak pernah dapat menelannya - biasa akan meluah kembali setelah mengunyahnya. Kali ini Kak Monie mampu makan dua potong sushi dan dapat menelannya!
Alhamdulillah hujung minggu ni bertambah satu lagi ilmu dan Kak Monie ingin berkongsi resipi berkenaan.
berasnya
cuka khas - halal
seaweed
tawar
seaweed berperisa manis
tebar nasi di atas seaweed
senipis yang boleh (nasi melekit)
letak karot
letak timun
letak telur
letak mayo
gulung kemas
bahagian hujung letak sedikit nasi
berfungsi sebagai gam
siap!
potong menggunakan pisau tajam
telur dadar - resipi dan cara membuatnya
(dadar biasapun boleh) atau tonton
(dadar biasapun boleh) atau tonton
taataarrraaa!
menggunakan inti tuna
bahagianya dapat ilmu SUSHI
Resipi:
nasi:
2 cawan beras sushi
4 cawan air
6 sudu makan cuka (cuka khas)
- basuh dan masak dalam periuk nasi elektrik
- setelah masak sejukkan
- masukkan cuka
- rasa secukupkan
- cuka akan memberikan rasa manis-masam
inti:
karot - potong memanjang
timun jepun - potong memanjang
telur dadar - potong memanjang
ikan tuna - dalam tin
mayonis
telur dadar:
3 biji telur
1 sudu makan gula
minyak
- dadarkan
(atau ikut teknik seperti di Youtube)
Cara-caranya - sila lihat langkah di atas.
No comments:
Post a Comment