Saturday 28 February 2015

pelamin

...sudah lama Kak Monie tak masukkan gambar pengantin, pelamin, door gift. Ini bukan bermakna tidak menghadiri kenduri kawin, masuk rumah, aqiqah tetapi malas nak muat naik (cerita yang sama cuma tukar gambar je). Banyak sangat kenduri yang Kak Monie hadir dan kebanyakan dalam keadaan tergesa-gesa, perlu ke kenduri yang lain pula kerana biasanya terdapat lebih daripada satu kenduri. Ada kalanya memang hadir satu kenduri tetapi bersembang sehingga 'dihalau' kerana meja, kerusi dan khemah hendak dikemaskan baru kami beredar he he he.

Biasanya kenduri kahwin Kak Monie kenal ibu bapa pengantin, sempat salam, peluk cium, makan, sembang dengan tetamu lain yang kebanyakannya kenalan lama (ye le tuan rumah pun kawan lama, jumpa geng lama terutama geng zaman persekolahan). Pengantin ni dah tak jadi wajib tengok atau ambil pot he he he.

Tadi Kak Monie hadir dua kenduri - teringat fesyen pelamin seketika dulu berlatar belakang tirai putih dan dipancarkan cahaya lampu warna-warni. Sekarang fesyen tirai kain berbelit-belit menggunakan banyak kain (bermeter-meter) tetapi dengan ton warna yang berlainan, cantik... Sekali bah sekali pasir berubah.

Jom layan - dua-dua cantik


ni rasa pelamin dah  besar


yang ini lagi lebar dan tinggi


No comments:

Post a Comment