Saturday 3 October 2015

Hari Inovasi 2015

...pada 1 Okt. 2015 tetapi Kak Monie tak dapat hadir sebab berada di Kuching, Sarawak. Baju kurung baru untuk majlis ini sudahpun dibeli (rona pink bermanik-manik, mutiara dan sekuin) tetapi tak ada rezeki untuk naik ke atas pentas auditorium. Baju tu simpan untuk raya tahun depan he he he.

...kali kedua, pertama pada tahun 2000 (selepas 15 tahun)


posing pada poster je..


 jadi lah!


(pastu) tayang kat blog, ramai boleh tengok



***Anekdot
Pagi-pagi sampai pejabat tak nampak poster para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (frus menongeng-nongeng jugalah). Sekitar pukul 3.00 petang Kak Monie perlu menghantar barang ke kereta untuk di bawa ke Kuala Kangsar dan Alor Setar baru ternampak (dan terperasan - memang perasan habis-habislah he he he) poster di ruang legar (agaknya diangkut dari ruang auditorium). 

Apa lagi, balik ke pejabat Kak Monie capai kamera dan telefon bimbit. Mengapa telefon bimbit??? Haah supaya gambar boleh sampai cepat  kat orang kampung! Barulah posing. Ramai pula yang menawarkan diri untuk menolong Kak Monie bergambar... Kesal satu je - lupa untuk pakai baju bling, bling, bling... he he he

No comments:

Post a Comment