Saturday 17 October 2015

nira & susu kerbau

...jumpa dekat tol Pendang. Tak pernah rasa cuma dengar cerita sahaja. Sebelum bertolak ke KL pada 7 Okt. Kak Monie terjumpa peniaga ni yang menjual di tepi jala sebelum masuk ke tol Pendang.

Kak Monie beli air nira RM2.50 terus minum di situ - mak ai manis melecaih! Juga beli susu kerbau RM15.00 untuk dibawa balik ke KL. Kebetulan Kak Monie memang sengaja bawa dua besen plastik - kami letak susu kerbau dalam plastik, masukkan ketulan ais, bungkus dengan pakai yang memang dah pakai (tapi tak berbau tau). Tiba KL sekitar 7.30 malam, ketulan ais masih banyak.

Sampai rumah terus makan dengan pulut dan ikan tamban kiat bersisik putih yang dibekalkan oleh Zaiton (tq Ton). Kemudian Kak Monie paksa semua anak-beranak makan dan minum susu BUFFLO!

Apa rasa? LEMAK!



suus kerbau dan lembu - RM15


susu kambing RM15.00 untuk 500 ml


nira - RM2.50



No comments:

Post a Comment