Saturday 3 October 2015

Sarawak

Bengkel Pelestarian Bahasa Komuniti-Komuniti Sarawak anjuran UNIMAS dengan kerjasama DBP di Hotel Hilton 27 -30 Okt. 2015. 

Perjalanan pergi yang memenatkan kerana masa dan teknikal. 

Masa? Penerbangan ditunda kerana tidak mendapat kebenaran lapangan terbang Kuching yang masih berjerubu dan telah ditutup sejak malam sebelumnya.

Teknikal? Mula dijadualkan berlepas melalui Pintu A10, setelah menunggu diumumkan penerbangan mungkin lewat dan kami diberikan kupon untuk sarapan yang perlu diambil di kaunter penukaran tiket sekitar Pintu A1 dan makan di restoran juga sekitar situ. Selesai makan kami bergerak semula ke Pintu A dan setelah sampai diumumkan pula tempat berlepas ditukar ke Pintu B11 - berjalan dari hujung ke hujung bangunan... mak ai!

Penerbangan dijadual 11.10 pagi, betul-betul take off 11.55 pagi. Kak Monie terlena sampai rasa puas rupanya kapal terbang belum bergerak seinci pun he he he. Sampai Kuching 1.30 tengah hari.

Perjalanan balik? Penerbangan dijadualkan pukul 11.05 pagi, kami bergerak ke lapangan terbang pukul 8.45 pagi. Sampai sahaja kami check-in sekadar teliti nombor penerbangan dan nombor tempat duduk. Sampai di Pintu 5 kami  perasan kapal terbangan lain yang berada di situ. Setelah pukul 10.30 pagi tergerak untuk melihat boarding pass, rupanya penerbangan dijadual semula - nun 2.30 petang! 

Kami dapatkan kupon makan tengah hari dan solat. Penerbangan berlepas pukul 2.55 petang, tiba di KLIA 4.25 petang. Sampai KL Sentral 5.30 petang dengan ert dan Kak Monie terus ke Gombak dengan lrt dan tiba pukul 6.30 petang dalam keadaan hujan yang sangat lebat. First son tak dapat ambil cepat dan ketika first son sampai jalan masuk sudah sangat sesak. Sampai rumah 7.45 malam. PENAT!


beratur ambil kupon yang panjang


beratur lagi ambil makanan



Kuching masih berjerubu














makan tengah hari terpaksa dihidang sebab bufet sudah ditutup






ayam pansoh






apam tapai


bikang


laksa Sarawak


lain kali semak betul-betul!


Tetapi kalau sudah berada di lapangan terbang apa lagi yang boleh dibuat. Kalau masih di hotel memang boleh sangat-sangat shopping atau lena/baring di atas katil empok!


Beli apa kali ni di Sarawak?

Tiga pasang kain untuk baju kurung dan semasa artikel ni dimuat naik (17 Okt.) kain sudah siap menjadi baju - RM60.00 sepasang, sekadar sehelai sahaja batik corak motif Sarawak dan dua lagi corak biasa


bakul rotan RM23.00
 

 tabaloi, senduk untuk hadiah dan kek lapis yang dipotong sedikit seorang



No comments:

Post a Comment