Thursday 21 January 2016

malfouf

... teringat sangat nak makan hari ni. Kak Monie buat tadi tetapi tak buat carian tentang resipi ni, main hentam je tetapi hasilnya tidak mengecewakan.

Apa tu malfouf? Sejenis makan (biasanya beras dan bahan lain) yang digulung di dalam daun kobis dan sebaliknya DOLMA  dibalut di dalam daun anggur. Kak Monie pernah makan tetapi antara ingat dengan tak je resipi, jadi main hentam je... Rupanya patut beras direndam semalaman, daging dimasak sedikit sebelum dibungkus. Dan lagi Kak Monie guna beras Poni, jadi intinya berderai sedikit. Layan je le resipi ye!




lapan biji je



letak piring sebagai pemberat dan masuk air hingga hapus piring, Kak Monie lebihkan sedikit sebab biasanya Kak Monie sukat beras Poni 1: 3 cecair


tukar periuk sebab tak bernafas malfouf


dah masak


dah makan...



Sepatutnya disusun rapat-rapat supaya beras padat apabila masak, Kak Momie buat lapan biji je, puas cari periuk yang sesuai kerana piring itu je yang ada. Beras poni tidak berkanji jadi walaupun masak, beras tetap berderai tetapi rasa - ohsem!

ehsan Goggle


dolma - ehsan Goggle



Resipi:
daging (dicincang) - saiz 1/2 lemon
2 1/2 sudu makan beras
6-8 kobis bulat
   - celur dan buang bahagian yang membonjol
1/2 sudu teh rempah
  - Kak Monie guna rempah kabsah
  - boleh guna rempah sup 
1 bawang besar - potong empat
1 daun bay
garam, air

cara:
Gaul daging, beras, rempah dan garam
Bungkus dalam kobis
Susun dalam periuk
Susun bawang dan daun bay
Masukkan sedikit garamLetak piring
Masukkan air
Masak sehingga air kering


***Anekdot
Sepatutnya daging dimasak terlebih dahulu. Beras direndam semalamam atau rendam dalam air panas sekitar satu jam. Semasa malfouf sedang dimasak, bau sedap sangat - mungkin sebab daging tu belum dimasak.

Ok, nanti Kak Monie buat lagi... Kak Monie makan lagi...he he he

No comments:

Post a Comment