Wednesday 11 December 2019

rezeki

... MPAJ turap laluan belakang. Kak Monie dah panggil tukang untuk baiki paip salur air limbah sebab bocor. Tukang sudah mengukur dan memberikan sebut harga pada hari Jumaat 6 Disember 2020. Ada beberap lagi yang perlu dibaiki, ditampai dan dicat. Perjanjiannya ialah Kak Monie akan masukkan wang dalam akaun tukang sebelum mereka menjalankan kerja iaitu pada hari Khamis 12 Disember 2019.

Sekitar pukul 5.00 petang, 9 Disember jiran Kak Monie telefon dan beritahu ada orang sedang baiki laluan belakang. Hairan juga sebab anak-anak tidak memaklumkan kepada Kak Monie siangnya. Jiran maklum bahawa tukang itu mengaku mereka diarahkan oleh MPAJ. Kak Monie makin rasa pelik dan maklumkan kepada jiran yang Kak Monie dalam perjalanan hampir nak sampai rumah,

Seampai di rumah Kak Monie terus ke belakang dan buka pintu terus menanyakan mereka siapa yang minta mereka baiki - jawab mereka ada orang yang membuat aduan mengatakan jalan licin dan berbau kepada MPAJ lalu pihak berkenaan bertindak. Alhamdulillah!!! Percuma... terima kasih kepada MPAJ dan juga orang yang membuat aduan.


 Gambar pada 10 Disember









Gambar sebelum itu pada 9 Disember ketika sedang dibaiki - simen masih lembik. Tukang sedang baiki laluan belakang jiran. Jiran Kak Monie minta mereka baiki laluannya tetapi berbayar dan dikenakan sebanyak RM 300 sebab mereka memang sedang berada di situ, jika kita menempah mereka dikenakan RM 700




No comments:

Post a Comment