Saturday 15 June 2013

hantaran cup cakes

Baru kemas kini blog. Terima kasih atas ucapan yang Kak Monie terima sepanjang minggu ini (cewah rasa glamour pula). Astagfirullahalazim, Alhamdulillah... kembalikan pujian semua kepada Allah atas kurniaan ini.

Kak Monie bukan arif bab lipatan/gubahan kain ini (kain di rumahpun tak berlipat he he he) dan kak menyertai pertandingan ini kerana menolong seorang kawan yang pernah menolong kak tempoh hari. Kawan baik - Hairani dari salah satu biro di bawah Puspanita. Semasa pertandingan memasak tempoh hari Kak Monie minta tolong beliau ikut serta menyertai pertandingan dan beliau bersetuju untuk turut serta. Beliau meminta Kak Monie menyertai acara ini, susah tak terkata untuk menolak. Kak Monie buat carian di Goggle Images - memang banyak, memang tak mampu sebab Kak Monie 'keras tangan'. Apabila terpandang cup cakes maka Kak Monie pun memberanikan diri.

Penghargaan untuk rakan sekerja yang telah memberikan buah fikiran dan menolong menghias tapak cup cakes.
MACAM MEMANG AWARD BESAR he he he.

Di mana cup cakes sekarang? Kak Monie berikan kepada rakan sepejabat kerana adiknya akan berkahwin selepas raya ini. Kalau Kak Monie bawa balikpun tak tahu apa nak dibuat - bertambah semak rumah. Kalau dirungkaikan tuala-tuala ini akan menjadi kain buruk - terutama untuk mengangkat periuk atau tudung periuk panas. Bermanfaat juga untuk seseorang gubahan ini.

Semua gambar yang dambil di bawah ini dimuat naik sebagai kenangan menyertai pertandingan gubahan kain - tak terkilan lagi.

latar pentas acara Selasa lepas - cantik


gambar ihsan Puan Rohana Yahaya


memegang nombor


dari atas


dari depan


dari belakang


dari sisi kiri


dari sisi kanan



















dulang & pelapik ihsan Asiah



 hijau


putih




 biru


 pic



merah jambu


 hijau

 
oren


hiasan tapak - Safri


ketika mencuba di rumah


pragubahan


dulang ihsan Sepawan - digunakan pada gubahan Sue



No comments:

Post a Comment