Saturday 1 June 2013

sambal terung

... Kak Monie buat sambal ini sebab terkenang ikan yu sambal terung. Sekadar menambah sayur sahaja sebab banyak lauk dalam peti sejuk, panaskan sahaja. Cuma untuk mengalas perut kerana tengah hari ini ada dua jemputan.


Resipi:
Bahan-bahannya
4 biji terung kecil
4 sudu makan cili kisar
2  biji bawang besar
1 senduk minyak zaiton
gula dan garam

Celur terung dan ketepikan.
Tumis sedikit bawang dan masukkan cili kisar.
Masak sehingga pecah minyak.
Masukkan terung dan baki bawang.
Rasa masin dan manisnya.

No comments:

Post a Comment