Saturday 1 June 2013

peach cobbler mudah

...atau pic si tukang kasut. Entah kali ke berapa dah Kak Monie buat. Sila layari  http://permatahatimy.blogspot.com/  jika ingin melihat resipinya, tetapi resipi ini paling mudah. Selepas Subuh tadi tiada seorangpun yang boleh diajak bersembang, semua tidur semula al-maklum cuti.

Kak Monie terkebil-kebil dan terkulat-kulat seorang diri terus buka peti sejuk jumpa 1/2 mentega, mentega sapuan sahaja yang tinggal dan nampak tepung cookies atas rak. Gula, tepung naik sendiri memang banyak, cuma mentega tak banyak - lupa nak beli. Nampak tepung cookies yang tarikh luputnya Oktober 2013, maka tergerak hati nak buat ni dan pagi-pagi terus makan ni!





Resipi:
Bahan-bahannya
2 tin pic dalam sirap (cap Ayam)
2 cawan tepung cookies (tepung biskut)
3 sudu makan mentega - dicairkan

Cara-caranya
Tuang pic ke dalam bekas kaca.
Masukkan tepung cookies di atas pic.
Kemudian kacau sedikit-sedikit dengan sudu makan supaya sirap menyerap tepung cookies.
Tuang mentega cair di atas tepung cookies.
Bakar 175 Celcius selama 40-50 minit (bergantung kepada ketuhar masing-masing).

No comments:

Post a Comment