Saturday 1 June 2013

kek epal

...orang barat beri nama kek jenis ini sebagai tea cake. Pagi-pagi tadi selepas Subuh sepii Kak Monie buat sambal terung, peach cobbler dan kek epal. Tak banyak mentega yang ada cuma mentega sapuan sahaja yang banyak lagi. Buatkan peach cobbler kemudian buat kek epal ni. Jom layan!



Resipi
Bahan-bahannya
1/2 buku mentega
1 cawan gula halus
2 biji telur
1/4 cawan air panas + 2 sudu makan susu pekat
1 sudu teh vanila
1 biji epal - dibuang kulit dan didadu
2 cawab tepung kek

topping
1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula halus
3 sudu makan mentega sapuan
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1 cubut serbuk buah pala
- campur dan gaul sehingga menjadi serbuk roti
- jika perlu tambahkan tepung

Cara-caranya
Krim mentega dan gula sampai putih.
Masukkan telur dan vanila.
Masukkan bancuhan susu.
Masukkan tepung.
Akhir sekali masukkan epal.
Masukkan adunan di dalam loyang  yang dileser mentega dan tepung.
Tabur topping dan bakar 175 Celcius selama 40-50 minit



No comments:

Post a Comment