Sunday, 16 November 2014

carbonara lagi!

... sebab tak suka maka Kak Monie tak pernah buat. Seisi rumahpun tak merasa, bila dah suka bukan sekadar isi rumah - tetamupun berpeluang merasainya. Baru semalam buat (cuba je) hari ni buat lagi sebab ada tetamu dan ini je bahan yang ada. Tak sangka ada tetamu minggu ni.



Resipi (untuk 3 orang)

3 cekak spageti - direbus
 - simpan air rebusan spageti
3 batang sosej (tu je ada)
- rebus dan hiris

bahan:
2 biji telur
1 biji kuning telur
2 sudu makan keju Beqa - dicincang
2 sudu makan mentega
garam
pasli

- siapkan bahan
- rebus spageti
- bila spageti dah lembut
- tapis dan cepat-cepat masuk dalam bahan
- kacau banyak kali
- masukkan sosej

***Anekdot
Cara ini lebih menjimatkan berbanding dengan semalam Kak Monie mencucuk sosej - hem dan rasanya pun sekata. Cara semalam nampak cantik.

No comments:

Post a Comment