Saturday 13 May 2017

jalan-jalan malam

... malam minggu, ramai orang malam ni rupanya mungkin menyambut Hari Ibu - Kak Monie saja nak jalan-jalan sebab dah lama tak keluar dengan anak-anak  (dua lagi ke Salak Selatan ada kenuri tahlil). Banyak tempat yang Kak Monie nak pergi dan malam ni semua tempat berkenaan dapat dilawati, anak-anak layan je mama depa.

Menarik deco dalam kedai Tim ni, kek disusun menarik dan nampak sedap (banyak pilihan) serta persembahan teh sangat menarik - jom layan


TIM'S Teapot Terrace, Taman Melawati




teko dan cawan bertindan - nak beli uncang teh untuk dibawa balik tak jual tetapi teko dijual!









Kedai Barakah di Ampang













Food Truck, Wangsa Melawati

Ada dua bahagian tempat truck bersusun - satu di tanah agak tinggi dan satu sama aras jalan raya Wangsa Melawati (berdekatan masjid). Ni yang di bawah, truck lebih banyak berbanding di bahagian atas.


ni semua bahagian atas

unik dua truck/ van ni - teringat zaman dahulu van susu cap Junjung he he he


paling Kak Monie berkenan


dan yang ini pun





seronok juga ye berjalan-jalan waktu malam 


No comments:

Post a Comment