Friday 16 February 2018

masak putih telur

..nak gu dengan nasi rempah - masak sempena cuti raya cina dan juga masak guna bahan yang ada dalam peti sejuk sebab malas nak keluar rumah



Resipi:

8 biji telur rebus
4 sudu makan rempah kurma
1 sudu makan serbuk kas-kas
3 bawang besar - mayang
2 senduk minyak
air, garam dan gula

bahan berkawan-kawan:
5 bunga lawang
5 bunga  cengkih
5 pelaga
1 batang kulit kayu manis

bahan kisar:
7 batang serai 
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
7 sudu makan kelapa parut

asesori:
kentang
bawang besar 
daun sup
cili merah
- tapi semua tak dak! Bawang potong dan cili merah tak boh sebab semak... he he he

- tumis bawang dan bahan berkawan-kawan
- masuk rempah dan masak sekitar 1 minit
- masukkan bahan kisar dan masak sampai nak garing
- tambah air jika perlu
- perasakan dan masukkan telur dan bahan asesori (jika ada)

*** Anekdot
Rempah yang telah dimasak Kak Monie bahagi dua dan simpan separuh dalam freezer sebab banyak. Sepatutnya separuh bahan sudah memadai untuk 8 -10 biji telur.


No comments:

Post a Comment