Thursday 22 February 2018

rumah makan

..di Kampung Cenerai Kuala Pegang, Baling, Kedah berkonsepkan makanan percuma untuk sarapan dan merarau (makan tengah hari) bagi mengurangkan beban ramai insan yang kurang mampu. Tidak tertakluk kepada golongan miskin sahaja, golongan berada juga semua dijemput makan. Juga disediakan ruang untuk orang lain turut  bersedekah dengan menyediakan tabung dan membenarkan sesiapa sahaja meletakkan makanan  seperti pisang dan sebagainya. Alhamdulillah ada penyumbang geng Sahabat Jariah   yang sangat bermurah hati.

Projek diusahakan baru empat bulan oleh kenalan Kak Monie (junior 2 tahun), semoga Allah rahmati dan berkati usaha beliau dan semua penyumbang.



No comments:

Post a Comment