Friday 16 February 2018

nasi rempah

...cuti sempena tahun baru cina tahun anjing. Dok rumah je dan makan, disebabkan malas nak keluar rumah untuk beli barang bagai memasak nasi beriani, maka terhasillah nasi ini (kira apa yang ada dalam peti sejuk jadi bahan masakan ni). Dah siap masak rasanya boleh tahanlah sebab anak-anak puji (kira kpi penentu kesedapan) terperasan bahawa beras yang digunakan beras herba poni, hem dah masuk perut baru sedar (sebelum itu terfikir juga beras ni kontot - nak salah ke beras je)







Resipi:
1 kg beras + 5 cawan (basmathi/poni)
 - rendam 20 minit
1 ekor ayam
1 sudu makan serbuk rempah
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu makan susu pekat
segenggam cili padi
1 bawang besar - mayang
3 bawang putih - mayang
1 inci halia -mayang
2 tomato - dadu
3 helai daun bay
2 senduk minyak
*** air/cecair 7.5 cawan

bahan berkawan-kawan:
7 bunga lawang
7 bunga cengkih
7 pelaga
1 batang kulit kayu manis

bahan kisar:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
10 buah keras
 -*** tak dak susu/yogurt ganti buah keras

- perap ayam dengan bahan yang dikisar dan rempah selama 1 jam
- tumis bahan berkawan-kawan
- masukkan bawang
- masuk ayam dan perasakan
- masak sekitar 10 minit
- masuk dalam Noxxa 
- letak beras dan susun ayam di atas
- sukat cecair
- HP 7 minit



No comments:

Post a Comment