Monday 19 February 2018

cucur pelbagai sayur

... buat cucur sebab bahan ini sahaja yang ada dalam peti sejuk sebab malas nak ke kedai kerana cuti panjang sempena tahun baru cina. Yang ada semua sayur yang umur panjang - karot, kubis dan kacang panjang. Terhasil dua versi sebab satu nak pedas sikit (tapi tak pedas pun)




versi cili serbuk


versi tanpa cili serbuk

Resipi:
3 cawan  campuran kobis, karot dan kacang panjang
 - potong nipis
1 bawang besar - dadu
3 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung Bestari
1 sudu makan tepung beras
air dan minyak
* 1 sudu kecil cili serbuk (tambah jika suka)

- gaul semua dan goreng kecil-kecil
*memang tak letak garam dan gula
*tekak Kak Monie sedap yang ada cili serbuk 


No comments:

Post a Comment