Twin diminta bercuti awal iaitu Selasa-Khamis je dan balik rumah pukul 12.30 tengah malam semalam. Sepatutnya mereka bercuti 26-30 ni tetapi telah diminta untuk ke MANTIN Perlis bersama lapan orang pelajar lain untuk mengikuti daurah kitab hadis Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah. Kalau ikut cuti yang sepatutnya dapat juga bercuti dengan first girl. Mama depa cuti kecemasan hari ini sahaja sebab tidak ada aktiviti penting di pejabat.
Tak ke mana pun - buat cermin mata first twin dan mama dia pun tersangkut sama, tak pasai-pasai je kocek nak mengalir. Masak? Mereka cuma nak kentang goreng... kan senang!.. Permintaan lain nak makan di Saba esok dengan rakan-rakan yang terpaksa bercuti sewaktu dengan mereka. Sekejap sangat cuti.
Hem dengar cerita first twin (dia rajin cerita yang pelik-pelik dan yang kurang berkenaan he he he).
"Malas kadang nak layan mak cik-mak cik", nampak muka serius.
Mama terus terjah "Ada yang nak buat menantu ke?"
"Heh macam mana mama tau?" dia tanya balik.
He he he ni mama kau orang le... "Lain kali jawab - kawin kena duit tak?"

No comments:
Post a Comment