Monday 10 March 2014

Inna... & al-Fatihah

Dalam jarak masa seminggu Isnin 3 & 10 Mac, kami warga DBP kehilangan staf dan mantan staf. Kedua-dua mereka sangat dekat dengan Kak Monie - Allahyarham Zubaidi Abbas bertugas setahun kemudian daripada Kak Monie dan persamaannya kami bertugas di bahagian yang sama.

Manakala Allahyarham Ibrahim Ahmad pula kami sama-sama melaporkan diri pada hari pertama dan menjawat jawatan yang sama iaitu pada 16 Januari 1982 cuma ditempatkan di berlainan bahagian. Beliau kemudian berpindah ke Universiti Malaya sebagai pensyarah di sana.

Semoga Allah cucuri rahmat ke atas mereka dan di golong dalam kalangan orang-orang soleh dan beriman.

al-Fatihah buat Ibrahim - 10 Mac


al-Fatihah buat Zubaidi Abbas - 3 Mac


No comments:

Post a Comment