Saturday, 15 March 2014

seminggu MH370

MH - macam hilang?
MH - mana hilang?
MH - masa hilang?
MH - mahu hilang?
MH - mengHilang?

Apa-apa pun inilah berita terpanas seminggu ni - MH370. Hem belum ada tanda pesawat berkenaan. Tengok tv pun dah naik bosan... Dah le beberapa hari ni loya disebabkan bomoh yang mengaksikan watak hodoh orang Melayu yang masih kebal dengan kurafat. Rata-rata ditonjolkan gambar carpet terbang dengan pelbagai aksi yang menjadi ikutan atau ejekkan tak pastilah pula! Mengapa orang sengaja mengaksikan watak berkenaan? Buatnya nanti dikatakan itulah kepercayaan rakyat Malaysia melakukannya untuk mengesan pesawat berkenaan - buatnya dituding jari kepada orang Melayu/orang Islam. Tak ke buat malu je!

Semalam diberitakan terhempas di Lautan Hindi pula. Malah di laman sosial dikaitkan pula sabotaj sesetengah negara - ala macam cerita detektif Conan pulak dah!

Apa pun kita sama-sama doakan keselamatan penumpang tersebut dan berharap mereka masih lagi selamat.


No comments:

Post a Comment