Saturday, 15 March 2014

macam-macam hari ni

Pertama - siaran langsung ucapan PM mengenai MH370, adalah sedikit perkembangan terbaru : DIRAMPAS? 

Kedua - Alhamdulillah hujan turun dengan lebatnya sekitar 5.30 petang tadi dan daripada rakan FB ramai memuat naik berita hujan lebat di Ganu, Kedah, Perlis &  Johor. Insya Allah satu Malaysia hujan hendaknya.

Ketiga - sahabat datang untuk mengundang kami sekeluarga ke walimatul urus anaknya, sambil memberikan kami sedikit tazkirah yang sangat berguna: ye le kita perlu ingat mengingati walaupun pada perkara yang kecil. Ni bab mengahwinkan anak (tak kecil ni!) - terkedu sebentar sebab belum terfikir tentang anak-anak sendiri. Apa pun perlu diberikan perhatian mengenai calon menantu terutama calon menantu lelaki. Baru minggu lepas twin ajukan cadangan agar Kak Monie mula fikirkan menantu untuk my girls or their sisters. Entah apa dalam kepala mereka (budak-budak ni la!). Kak Monie sebenarnya risau akan first son kalau dia nak kahwin - sebab bersediakah dia untuk menjadi imam kepada keluarganya nanti? Haisyy - jauhnya mengelamun!

Satu lagi peringatan yang disampaikan beliau - kisah kematian. Biasa kita dengar cerita ni tetapi cara penyampaian beliau memang sampai di hati. Sengaja Kak Monie nak share - sebagai peringatan juga la! Kisah si alim yang melalui kubur lalu beliau mendengar perbualan ahli kubur. Penghuni kubur pertama tak sabar nak kiamat terjadi kerana beliau telah melihat syurga dan tak sabar nak menjadi penghuninya. Manakala penghuni kubur kedua sangat berharap kiamat lambat lagi kerana telah melihat neraka yang menggerunkan. Lalu si alim bertanya kepada penghuni kubur kedua jika diberikan kembali ke dunia apa yang akan dia lakukan? Jawabnya "Aku ingin menunaikan solat dua rakaat". Hairan tak? Ini menunjukkan bahawa amalan sunat yang menjadi pembeza kita sebagai hamba-Nya. Amalan fardu semua hamba-Nya diperintah melakukannya dan kalau tak tunaikan mendapat dosa tetapi amalan sunat yang mendekatkan kita dengan-Nya (ni Kak Monie tambah - ewah boleh jadi ustazah!)

Keempat - kirim anak-anak beli lengkuas, second girl bawa balik sengkuang dan first son bawa balik halia! Agaknya first girl dan twins akan bawa ballik apa ye!

ni lengkuas ye nak! English - galangal


No comments:

Post a Comment