Friday 14 March 2014

unhappy

... sebab hari ni MC kerana sakit pinggang due to lupa makan ubat.

Sehari ni cuma tidur dan baring sebab nak selesakan pinggang dan belakang tetapi nyata tidak menjadi. Hatta makan ubat acocia (pain killer) pun tak menjadi. Daripada muka nampak sebam sebab seharian tidur - ni Kak Monie rasa nak mengadap blog pula... cuma nak tulis apa ek?

Berita biasa - air! Sekitar pukul 2.00 petang tadi dikhabarkan air dah ada. Lambat Syabas salur air ni... biasa 6.00 pagi dah ada - biar lambat tapi ada... air, kan! 

Berita paling biasa - MH370 - hem belum ada tanda pesawat berkenaan - terbaru ni dikatakan terhempas di Lautan Hindi pula.

Program tv? Semua tak menarik, bayangkan dulu-dulu sebelum 1983, cuma ada dua saluran tv tetapi rasa seronok tak terhingga. Sekarang berpuluh channels boleh kata tak seronok, agaknya dah tua le Kak Monie!

Jap ni sekitar 8.30 malam rakan telefon ajak 'mengeteh' kat Restoran Kadir huh huh huh sakit belakang dan pinggang lagi - malas nak keluar rumah. Dok je le dalam rumah, layan internet sambil menahan sakit!



No comments:

Post a Comment