... ada ke istilah ini? Kak Monie ingatkan kata loghat atau dialek.
"Jom mengeteh" - pelawa rakan. Pada fahaman Kak Monie maknanya seakan-akan lepak cuma manis sikit - sembang-sembang sambil minum. Setelah bertanya kepada beberapa kenalan mereka mengatakan bahawa pada pandang mereka etimologi kata ialah 'teh' - maka diberikan imbuhan jadilah "mengeteh" - wallahu'aqlam.
Mengapa teh, bukan kopi atau nescafe? 'Mengeteh' biasa digunakan untuk perjumpaan sebelah petang hingga ke malam. Mungkin kopi kebiasaan diminum pada waktu pagi manakala teh di sebelah petang. Kenapa bukan nescafe? Mungkin nescafe kata baru - dahulu cuma ada kopi atau teh.
Ni sesi 'mengeteh' kami malam Sabtu lepas di Cosy Place Wangsa Maju. Dua kuetiau goreng dan satu kuetiau kung fu.
Minum? Satu air suam dan dua ais kosong. Mana teh? Tak dak kena-mengena langsung!
Minum? Satu air suam dan dua ais kosong. Mana teh? Tak dak kena-mengena langsung!
No comments:
Post a Comment