Kali pertama Kak Monie mengerjakan haji. Nak dimudahkan atau orang panggil 'sampai seru'. Asalnya gurauan sahaja - begini ceritanya...
Pada 1987 ketika cuti Aidilfitri agak seminggu beraya, tv telah mengadakan rancangan Lambaian Kaabah (kalau tak silap namanya). Kak Monie, abang ipar dengan anak ketiganya berusia kurang setahun dan arwah bapa sama-sama berada di depan tv.
Kak Monie kata "Hiysss syok no Mekah macam nak pi lah".
Bapa terus kata "Pi lah tumpang muda-muda ni Zaki (nama abang ipar)".
Abang ipar ketika tu sedang melayan anak yang agak 'buas' "Macam mana nak tinggal yang buas macam ni"... Pastu cerita tu tinggal cerita...
Kak Monie kata "Hiysss syok no Mekah macam nak pi lah".
Bapa terus kata "Pi lah tumpang muda-muda ni Zaki (nama abang ipar)".
Abang ipar ketika tu sedang melayan anak yang agak 'buas' "Macam mana nak tinggal yang buas macam ni"... Pastu cerita tu tinggal cerita...
Ditakdirkan Muharram selepas itu bapa kembali ke rahmatullah. Malam selepas bapa dikebumikan, mak mengatakan bahawa sepatutnya mak/bapa akan mengerjakan umrah tetapi ketika bapa keluar dari Pejabat Imigresen dia terjatuh dan dia berkata kepada mak yang dia mungkin tak akan dapat mengerjakan umrah sebab dia tak sihat dan dia terus berkata
"Berilah duit ni kepada Mahani untuk pi haji". Bila mak tanya bila pula Kak Monie nak pi haji tak pernah sebutpun, bapa kata "Dia nak pi dengan Zaki"
"Berilah duit ni kepada Mahani untuk pi haji". Bila mak tanya bila pula Kak Monie nak pi haji tak pernah sebutpun, bapa kata "Dia nak pi dengan Zaki"
Malam tu juga abang ipar buat keputusan "Since bapa dah kata kita nak pi haji jom kita pi tahun ni" Hah! Duit pun tak cukup baru kerja lima tahun, baru pakai tudung lima bulan!
Kata abang ipar kalau kita nak pi kita kena belajar,kalau tak belajar memang tak atau!, dan lagi katanya balik KL nanti pi daftar haji dan sertakan mahram yang akan Kak Monie ikut serta. Abang ipar dan kak kepada Kak Monie daftar di Kedah dengan merangkaikan Kak Monie sebagai mahram, ibu abang iparpun ikut serta. Kami berkursus haji di negeri masing-masing. Kak Monie belajar di Masjid Rahimah Kampung Pandan yang baru memulakan pengajian.... Itu le kata kita semua kebetulan tetapi Allah susun adalah yang terbaik.
Masjid Kucing (Hurairah)
dah tak ada dah
Masjid Jin
Masjid Kiblatain
Masjid Al-Kheif, Mina (73 nabi)
hari tasyrik solat qasar untuk solat 4 rakaat
batu perempuan
batu perempuan
tempat turun Innaaqtoina, Mina
Jabal Nur Bukit Nur (Gua Hira)
Jabal Thur (Bukit Thur)
Jamratul Ula
Jamratul Usta
Jamratul Aqabah
Kubur Ma'ala Kubur Terbuka - Saidina Khadijah
lembah muhasir (alam tarokai)
Masjid Tujuh
masjid al-Baiah rombongan kedua sebelum Rasulullah berhijrah
Masjid Masharil Haram, Mudzalifah
Arafah dari Jabal Rahmah - menara Masjid Almeera
Mudzalifah
tapak rumah Rasulullah dilahirkan
tembok Siti Zubaidah zaman Harun Al-Rashid
Bukit Uhud
Bukit Anak Panah
di lapanag terbang sebelum bertolak balik
di lapangan terbang sebelum bertolak balik
***Anekdot
Kak Monie paling muda ketika tu le... Mak cik-mak cik ni layan Kak Monie best le sebab Kak Monie belikan mereka nasi, aiskrim, roti tempayan - sapa layan sapa ye! Yang paling best Kak Monie tuliskan surat mereka semua untuk dikirimkan kepada keluarga di Malaysia (pos surat tak perlu setem - hantar je ke pejabat Tabung Haji).
No comments:
Post a Comment