kanan rempah dalam kotak
kiri - stok sendiri
beras biasa
ayam
setnya
Resipi:
set nasi
- rendam beras 20 minit - tos
- tumis bahan (disertakan)
- masuk 2 sudu makan rempah (disertakan)
- masuk 2 sudu tomato puri
- masuk 600 ml air
- masuk beras dan garam
- masak dalam periuk nasi elektrik
bahan lain
1 ayam dipotong 4
1 1/2 sudu makan rempah (dalam kotak)
2 bawang besar
5 bawang putih
2 sudu makan tomato puri
minyak dan garam
- perap ayam
- panggang dalam oven 1 jam suhu 180
*** biasalah derhaka pada resipi
- semua bahan ini dimasak dengan 1 1/2 cawan air
- masak sampai agak kering
- panggang dalam oven sehingga kelihatan kekuningan
***Anekdot
Beras yang disertakan bagi Kak Monie tidak mencukupi kami anak beranak. Teringat bahawa Kak Monie pernah beli rempah mandy dari kedai orang Arab lalu apabila diselongkar khazanah dalam peti sejuk memang terjumpa rempah mandy, kabsah dan lemon kering. Entah lemon atau limau nipis kering sebab warna yang seperti arang rentung ni tak boleh nak diagak dan setelah nasi masak tak nampakpun atau tak rasapun fungsinya. Yang jelas ada le seketul benda hitam tertenggek di atas nasi he he he... mengata pula ni...dosa tau!
Sebenarnya rempah yang disertakan dalam kotak lebih daripada mencukupi untuk menambah beras lagi tetapi memandangkan rempah telah awal disiapkan maka Kak Monie masak dalam dua periuk dengan dua rempah yang berlainan. Akhirnya terpaksa dibedak-bedakkan kepada geng tuisyen kerana terbanyak pula, tu le sifat orang tamak!
Bab rebus/masak ayam dan tidak panggang dari awal?
Proses memasak cara ini lambat dan menggunakan elektrik yang banyak. Adalah lebih cepat dan murah - lagipun fungsinya hanya untuk ayam masak. Biasanya cara ini akan membuatkan ayam agak kering dan perlu dibalik-balikkan minyak dari dalam dulang untuk dicurah ke atas ayam.

Dah masak mana lebih sedap?
Resipi rempah Kak Monie lebih sedap cuma beras kemetot je le! Mengaku resipi sendiri! Lawak je le untuk hilang stres masak nasi MANDY yang bahan rempah-ratusnya kita tak tahu,..
Resipi rempah Kak Monie lebih sedap cuma beras kemetot je le! Mengaku resipi sendiri! Lawak je le untuk hilang stres masak nasi MANDY yang bahan rempah-ratusnya kita tak tahu,..
No comments:
Post a Comment