Saturday, 3 January 2015

petua tahi lalat

Sehelai jubah twin yang sangat `teruk` atau `teruk giler` he he he. Twin bawa balik dengan wajah yang  takut sebab mungkin mama akan marah sebab jubah ni agak mahal dan juga agak baharu.

"Masih boleh selamat?" Kak Monie senyum je.
"Boleh".  Kak Monie beritahu caranya.
"Tak reput ke?" tanya lagi. Jawab Kak Monie...
"Kalau nak pakai pun tak boleh, baik buat cara ni, kurang-kurang boleh pakai setahun dua lagi" (dalam hati dapat pakai enam bulan pun kira sudah sangat baik).

Caranya
Guna sebotol clorox dan rendam jubah berkenaan tanpa campuran air. Rendam dan balik-balikan (Kak Monie balut tangan dengan plastik) kira-kira lima minit sahaja. Ketika ini tanda tahi lalat sudah hilang, lenyap dan jubah kelihatan sangat putih. Rendam dalam air biasa agak 10 minit untuk memastikan clorox tidak melekat pada pakaian. Bilas lagi dan sidai, Belanja RM2.30 je!

sayang tak ambil gambar sebelum


No comments:

Post a Comment