Terasa nak cerita kisah dulu-dulu Kak Monie pernah mengikuti rombongan melancong ke Taman Negara sesama rakan sekerja dari pelbagai bahagian. Banyak gambar yang diambil tetapi tak sesuai untuk dimuat naik sebab ketika itu Kak Monie belum bertudung.
Seronoknya kerana semua 'sama kepala' he he he dan kami tidak ramai. Bermula dengan menaiki bot yang separas airnya dengan pinggang je. Ketika itu hanya terdapat bot jenis ini sahaja untuk sampai ke sana bermula dari Ulu Tembeling.
Rusa yang tercedera di leher yang dibela oleh staf Jabatan Taman Negara, Kami beri makan maggi yang terlebih masak pada malam terakhir kami di sana. Lima bungkus maggi perasa ayam yang tak terusik. Malam terakhir itu ketua rombongan mencadangkan supaya diadakan perjumpaan sambil bersantai, Tempatnya di belakang bilik Kak Monie (bilik berbentuk seperti rumah panjang dengan beranda terbuka di bahagian belakang). Makanan berlebihan yang dibawa dicadangan sebagai juadah serta juga untuk dihabiskan stok. Dek kerana banyak makanan maggi ni tak siapa yang menyentuhnya sebab semua lebih gemar maggi perasa kari.
Datanglah rusa ni ke tempat kami (jinak sebab dah lama tinggal di sini kerana berubat leher) - ada yang mencadangkan supaya maggi ayam ni dijamu kepada tetamu tambahan ni. Kak Monie yang menghidang - sekejap je licin.
Esok harinya sekitar 7.00 pagi, rusa ni datang menunggu di belakang bilik Kak Monie, agaknya minta maggi kut! Rakan-rakan semua mengusik Kak Monie pagi tu "Siap you Monie dia dah mai nak maggi lagi"
Gua Telinga - penuh tahi kelawar dan kawasannya agak licin
Perjalanan ke satu tempat dalam Taman Negara yang perlu menaiki bot. Apabila tiba di kawasan cetek kami perlu turun dan menolak bot ini. Kami melalui kawasan orang asli yang rumah mereka ala 'pisang sesikat' yang hanya diperbuat daripada bahan seperti daun rumbia. Mereka berbaju, berkain batik, Orang asli yang Kak Monie jumpa di chalet kami menaki motosikal dan memakai jam 'Rolex'
Ada ketikanya kami menaiki bot yang terpaksa menempuh jeram tetapi Kak Monie tak ingat kami hendah ke mana. Selain itu aktiviti merentas hutan memakan masa dua jam, melihat (tak ingat istilahnya) burung dengan menaiki pokok (dibuat seperti tangga) untuk sampai ke ran (kalau tak silap istilahnya).
Itulah antara kenangan Kak Monie di Taman Negara yang masih dipelihara kawasan hutan dan kehijauannya. Mungkin sekarang sudah lain - mungkin terdapat kafeteria, kedai atau sebagainya.
No comments:
Post a Comment