... hanya beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad. Kami bertiga ke sana Sue, Mizah dan Kak Monie. Janji ambil Mizah di Kuching Sentral jam 6.30 pagi (dah cerah pun, Subuh 5.06 pagi). Sekitar 1 jam perjalanan dan Kak Monie terperasan kami melalui pekan Bau.
Kak Monie pernah datang ke Bau pada tahun 1988 - teringat beli banyak batik sarung untuk keluarga. Jalan sekarang sangat elok berbanding dulu yang separuh diturap dan separuh tidak. Dulupun Bau tempat untuk membeli-belah kerana berhampiran sempadan dan batiknya agak murah. Rasanya Kak Monie hanya beli batik ketika itu.
sayupnya - panjang juga
tempat rehat agaknya
rekaan rumah etnik agaknya
panjang lagi
sayup nak menapak ni
langsir berplet-plet
penyakut tudung
kulit kayu manis
pelbagai acu
acuan cendol - RM15
Kedai menjual barang antik kebanyakkannya tembaga seperti dulang, seterika arang dan gas. Yang berwarna biru seterika gas Kak Monie tak pernah tahupun benda ni wujud. Juga menjual kendi, jam, grammerphone dan sebagainya. Seterika RM250 saiz biasa dan bersaiz kecil RM150.
teko tembaga berbentuk labu RM350
Mangkuk untuk buah anggur - tembaga dari Eropah bukan buatan tempatan
RM450
kristal
langsir pleeted
penjual datang dari Bandung
jauh lagi...
head gear
jauh juga lagi
Oven ala-ala rancangan Anna Olson yang menggunakan gas - Mak Aji suka ni. Biru daripada zin, putih daripada aluminium. Harga oven ni berkaki yang biru ni RM400 tetapi yang putih lupa nak tanya harga - up sikit kut!
Yang di atas sekali oven seperti oven rama-rama zaman nenek, tok dan mak kita dulu-dulu. Tenggek je atas dapur gas dan harganya RM80.
RM400
saiz kecil RM250
strawberi
jauh lagi ni
rempah-ratus dan sotong kering
batu dan cincin
baju pasang
barangan daripada buluh & rotan
batik
Mizah beli udang putih RM 35 sekilo
udang galah RM40 sekilo
petai padi - Sue beli ni
pisau untuk raya korban tahun hadapan
sapa nak pakai ni? Pengantin kut!
sebelum ber'shopping' pekena mi kolok
pekena nasi setelah penat ber'shopping'
umai daripada obor-obor
Dua-dua kali Mizah belanja - terima kasih Mizah.
Jalan-jalan pada 11 Oktober 2014. Kami tak sampai ke hujung sekali yang dikatakan menjual sayur dan barang keperluan dapur yang lain. Penat sudah!
No comments:
Post a Comment