Sunday 12 October 2014

ketupat periuk kera

Dah le selama ni dok guna periuk 'zebra', periuk 'crocodile' @ periuk boya, ni nak juga share dengan periuk 'kera' tak lama lagi entah-entah ada periuk 'panda' pula he he he.

Jumpa ketupat periuk kera ni di Pasar  Duyuh, Sarawak dan penjualnya dengan bermurah hati telah memberikan resipi. Jom kongsi resipi.

Puan ni betul-betul nak fahamkan Kak Monie. Mari kita sama-sama kongsi resipi ini. Bagi Kak Monie ikhlas ni - kalau tahupun bukannya boleh buat, periuk kera ni pun pertama kali tengok! 

perak le katakan


teruja sebab baru juga ber'fb' mengenai ketupat ni




Kak Monie dibawa melihat sehingga ke tempat mengukus ketupat periuk kera ni. 


Puan berbaju kuning yang memberikan resipi dan beliau betul-betul nak fahamkan Kak Monie. Baik kita sama-sama kongsi resipi ini dan memanfaatkannya.


rupa periuk kera (kelongsong)
bunga hutan


masuk sebiji dalam perut sebelum masuk perut pesawat



Terima kasih Sue kerana tolong pek cantik-cantik dan sempat buat alas perut sebelum naik kapal terbang - punya le taksub!



Resipi:
pulut
santan + garam
serunding/sambal
periuk kera

- rendam pulut 4 jam
- masuk pulut dalam periuk kera - 1/3 sahaja
- masuk sambal/serunding (optional)
- masuk pulut lagi tetapi tidak penuh
- masuk santan
- atur dalam pengukus
- kukus selama 1 jam

***Anekdot
Harga satu ketupat yang kosong 50 sen, sambal udang RM1.50 dan yang berserunding RM2.00.

Cara memakannya - letak ketupat antara kedua belah tapak tangan - geselkan ketupat dengan kedua-dua tapak tangan seperti pelekat api zaman dahulu  yang menggunakan kayu. Ini akan membuatkan pulut akan regang sedikit daripada kulit periuk kera. Koyak kulit perlahan-lahan sebab agak rapuh, tetapi masih ada sisa-sisa kulit melekat pada pulut. Ngap je!




No comments:

Post a Comment