Tuesday 7 October 2014

ketupat palas

hemmm orang Kedah tentunya ketupat palas menjadi pilihan

 buka daun


tanak pulut


 balut pulut



Kak Monie paling suka makan dengan susu pekat
 orang manis tentu nak yang manis he he he


Resipi:
1 kg pulut
2 biji kepala (ambil santan)
garam

sukatan:
pulut disukat menggunakan cawan
santan juga menggunakan ukuran yang sama
contoh - 3 cawan pulut, 3 cawan santan

Masak santan sehingga agak mendidih
Masukkan pulut
Masak hingga pulut separuh masak (untuk ketupat direbus) atau
Masak hingga pulut betul-betul masak(untuk ketupat dikukus)
Bungkus di dalam daun palas.

***Anekdot
Kak Monie suka ketupat dikukus sebab tak padat sangat dan putih bersih, daunpun tak layu. Separuh sahaja Kak Monie kukus, separuh lagi disimpan dalam 'freezer' - nanti nak makan rehatkan 1 jam baru dikukus.


No comments:

Post a Comment