Kak Monie dengan projek baju raya.
Baju Raya? - Naikkan poster ni dua minggu lepas:)
Assalamualaikum kawan-kawan,
Saya bercadang untuk membuat kutipan baju kerja dan
sebagainya yang telah dipakai tetapi masih dalam keadaan elok lagi dan sesuai
dijadikan PAKAIAN HARI RAYA.
1. Kategori
elok yang dimaksudkan adalah seperti yang berikut;
a.
cukup
pasangnya (baju dan kain atau baju Melayu
- baju dan seluar)
b.
tidak
koyak
c.
tidak
tetas
d.
getah
pinggang masih elok
e.
pelapik
baju masih elok
f.
cangkuk
masih elok
g.
zip
masih elok
h.
tidak
berbau almari (jika lama tidak digunakan) – sila basuh
i.
kalau
jenis ada lining - sila sertakan lining
j.
baju
– T yang sesuai (tidak bercap seperti Hari Keluarga, Sekolah Menengah
Kebangsaan, Persatuan Bulan Sabit dan
sebagainya)
2. Pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak amat
dialu-alukan.
3. Sila gulung pakaian
tersebut dan ikat dengan tali
supaya tetap.
Saya akan menghantar pakaian
ini ke daerah Behrang dan Tanjung Malim.
Kalau seorang dapat
memberikan SEHELAI pakaian saya amat
berbesar hati.
Tolong war-warkan kepada
kawan-kawan lain. Sumbangan hendaklah diserahkan kepada saya selewat-lewatnya
sebelum Ramadan tiba.
Yang benar,
Mohaini Mohd Saffar
SETELAH DUA MINGGU...
Ramai yang menghantar maklum balas tetapi disebabkan Kak Monie bertugas luar pejabat maka baju berkenaan disimpan di tempat masing-masing dan hari ini mereka menyerahkannya dan terpaksalah dibawa balik - penuh kereta!
MASALAH...
Tolonglah isih ... hanya baju yang 'layak' sahaja. Pakaian lama telah diusahakan sekian lama dan akan diteruskan selepas Syawal (nak juga rumah kemas). Ketika ini Kak Monie hanya perlukan pakaian seperti kategori di atas. Isih yang benar-benar sesuai... penatlah (jangan merunggut... rugi ... potong pahala)
isih 30 minit dan yang layak
41 pasang dewasa, 11 pasang kanak-kanak
(belum selesai, sambung Sabtu)
baru satu trip