Showing posts with label resipi - kek epal crumbler. Show all posts
Showing posts with label resipi - kek epal crumbler. Show all posts

Wednesday, 29 September 2021

kek epal crumbler

 ...asalnya kek tak jadi sebab permukaan kek kering mungkin kurang adunan kek berbanding dengan hirisan epal. Kak Monie tambah crumbler sebagai penyelamat - sedap!

resipi dan gambar ihsan Kak Monie























Resipi

5 biji epal - potong nipis
- rendam di dalam air garam 
- untuk menggelakkan epal sebam
100g gula perang
100 tepung kek
50g mentega - cairkan
2 biji telur
100ml (15 sudu besar) susu uht
secubit garam (mentega Unsalted)
serbuk kulit kayu manis


bahan crumbler:
4 sudu besar mentega
4 sudu besar gula putih
7-8 sudu besar tepung gandum
serbuk kulit kayu manis
- ramas sehingga berderai
- tabur atas kek

- pukul telur dan gula
- masukkan semua berbaki
- guna loyang yang boleh di buka tepi atau bawah
- lapik kertas di bawah loyang dan sapu mentega dan tabur tepung gandum
- masukkan adunan kek di dalam loyang 
- bakar 180 darjah selama 1 jam api atas bawah
- kemudian letak  crumbler dan bakar lagi 20 minit api atas sahaja