Monday 30 September 2019

Thursday 26 September 2019

popia

...popia Zaiton Hussin Restoran Hussin,  Jalan Genting Kelang - minta kuah lebih sebab seblum ini beli dapat kuah sejemput je ke ke ke

pemberian

oleh-oleh Mekah sejadah cantik - Farah 




bubur asyura - Gee


memang sedap dan lepas rasa rindu



iftar

...masak lemak udang + bayam



mesyuarat

...lama tak mesyuarat - 10 orang



Wednesday 25 September 2019

bomboloni

Hot Pink Velvet - ihsan Puan Ainur Aziana



Resipi
bahan A:
1 pek yis kering (11 g)
2 sudu besar susu pekat
1 cawan air suam
1 sudu kecil emulco red velvet
-  campur dan biar berbuih 

bahan B:
4 cawan tepung
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar marjerin
1 sudu kecil bread improver
- gaul jadi serbuk roti
- masuk bahan A
- buat doh dan rehatkan 30 minit
- buat seperti donut tanpa lubang
- goreng dan bila sejuk paip krim bahan C

bahan C:
250 g krim keju
sudu manis 
asing
whipping cream - pukul kental
- pukul krim keju, asing dan susu 
- campurkan dalam whipping cream

kerepek barli

ihsan Puan Zawiah



di masak dalam Air Fryer 180 selama 4 minit

Monday 23 September 2019

kari pelutan tanpa santan

... kari ikan ala mamak








cicah roti - yum yum yum!

Resipi
kepala ikan pelutan
3 keping isi pelutan
2 pek rempah ikan cap 'O'
1 tomato
3 asam keping
minyak
air

bahan tumis:
5 biji cili padi
- tak ada cili hijau  he he he
1/2 bawang besar - mayang
3 ulas bawang putih - mayang
2 tangkai karipole
1/2 sudu kecil halba campur

bahan kisar:
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
6 tangkai karipole

masak seperti kari biasa


ayam masak merah Adilah

... sebab Adilah suka (mudah Kak Monie nak Goggle) atau ayam masak merah berempah banding dengan resipi ayam masak merah madu. ayam masak merah gula kabung dan ayam masak merah gula merah yang semuanya sedap.



Resipi:
1 ekor ayam  
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar garam
- goreng agak 3/4 masak

4  sudu besar cili kisar
2 sudu makan sos cili 
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk kari ayam
8 sudu makan kicap
1 biji tomato
air
minyak

bahan kisar:
2 bawang besar
6 bawang putih

opsyen:
daun kari
cili padi sebiji-sebiji
asam keping, asam jawa, cuka @ jus limau nipis

cara penyediaan:
- tumis bahan kisar
- masukkan cili dan rempah sampai pecah minyak
- masukkan semua yang berbaki
- masukkan ayam dan air
- perasakan



pemberian

... 23 Sept 2019, rezeki rimau ni!



bubur asyura - Azilah


kek batik Assmah


kek batik -  Azilah


aneka kek - Sue

Saturday 21 September 2019

pemberian

...  21 Sept 2019 sempena majlis akikah cucu kawan di Sri Rania


dah nak rosak

...nazak sangat dah ni - serius... Kalau dalam gelap memang seram, sekali pandang macam hantu, sekali donggak macam cendawan, hem model tahun 2006






lihat penyambung


genting dah


dah kritikal sangat penyambungnya



Friday 20 September 2019

tayar

... masuk lubang dalam - Kak Monie pula masuk bank keluar pitih leee



air fryer

... baru sampai semalam (terpengaruh iklan GoShop) RM199.00 - rasa harga paling rendah yang pernah nampak he he he

Beli jangan tak beli - biar menyesal beli daripada menyesal tak beli


 

semangat Malaysia

...kemerdekaan