Showing posts with label tgk 6. Show all posts
Showing posts with label tgk 6. Show all posts

Sunday, 6 January 2019

Elfira & Faris

... 5 Januari 2019 di PICC, Putrajaya - tau Sue Kuching jeles

Ramai yang bertanya bagaimana boleh Kak Monie dapat jemputan artis ni. Sebenarnya bapa Elfira sama sekolah dengan Kak Monie semasa di tingatan enam. Kenal bapanya je le 




bersama-sama bapa pengantin perempuan







adik pengantin




kenuri artis, cenderahati ala-ala artis he he he








tahniah semoga jodoh  kekal hingga ke Jannah


Thursday, 9 August 2018

gader-gader durian

... pada 6 Ogos lepas, 9 yang hadir daripada 10 orang yang rapat. Tuan rumah/kedai sediakan laksa, manggis dan 20 biji durian. Rakan yang datang bawa pula 20 biji durian, hemmm dah semua hampir cecah 6 siri ni banyak mana yang boleh dimakan durian yang dianggarkan 5 biji seorang. Bungkus sikit soranglah bawa balik.

Banyak juga makanan hari tu - pulut santan, nangka, kek coklat, kek batik, brownis Secret Recipe. Makanan yang dibungkus khas  nasi minyak kari kambing serta pisang keling untuk setiap orang. Sementelahan ada brownis, maka ternyanyilah pula lagu HAPPY BIRTHDAY untuk Kak Monie yang terlewat dah sebulan (asal nak potong brownis tetapi sepi tu yang berdendang lagu syok sesama kami, jangan buat main geng 6 siri ni kalau berjumpa, lupa umur he he he).









 









piring Kak Monie - 7 ulas je








bawa balik




Balik rumah - petang goreng pisang keling yang sangat gebu dan malam makan nasi kambing yang sangat sedap. Durian? Twin makan sikit dan baki hantar ke Lembah Keramat, tak mahu simpan durian sebab dah tak termakan ...hemmm boleh kata muak buat seketika. Rezeki